PAS Terkedu, Azmin Kata Keputusan Muktamar Perlu Dihormati
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan dicapai dalam muktamar Pas perlu dihormati oleh semua pihak sebab muktamar merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.
"Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi, itu menjadi amalan semua parti-parti politik. Kalau PKR, apa jua yang diputuskan dalam kongres, itulah keputusan muktamad, dan dalam DAP apa yang diputuskan dalam konvensyen, itulah keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pembiayaan program Hijrah Selangor fasa ketiga di Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dalam blognya yang dipetik sebagai berkata: "Saya bersetuju dengan beberapa MP Pas bahawa keputusan Muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP adalah muktamad kerana Muktamar Pas adalah badan pembuat keputusan tertinggi dan tiada aduan keputusan itu melanggar mana-mana undang-undang Islam atau Hukum".
Kenyataan Lim susulan keputusan Dewan Ulama Pas yang mengusulkan memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, penubuhan parti baharu seperti dicadangkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) perlu menerima 'rangka dasar bersama' yang dipersetujui oleh semua rakan komponen PR.
"Dalam sistem demokrasi, mana-mana individu boleh bentuk parti dan badan bukan kerajaan. Namun, jika Pasma berhasrat untuk bersama PR, maka perlu terima dasar bersama yang diterima PR," katanya.
Pasma semalam mencadangkan parti politik baharu itu bagi menggantikan Pas dalam PR selepas Pas dalam Muktamar Tahunannya ke-61 baru-baru ini, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP. - Bernama
ULASAN GB
Terkedua PAS, terutama PAS Selangor dan sekalian barisan ulama.
GB sudah pun menyatakan sebelum ini. Petikan:
Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka snediri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.
Tidakkah itu melucukan? Mereka mengusul, mereka meluluskan dan kemudian mereka menyatakan "ia belum muktamad."
"Belum muktamad" itu berlaku apabila tersentak dengan pengumuman perletakan jawatan Mohd Sabu di dalam kerajaan Pulau Pinang. Tetapi mereka dari kumpulan ulamak yang turut memegang jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor keberatan mahu melepas jawatan sebelum mendapat arahan PAS Pusat.
Di dalam satu ulasan GB yang lain apa yang ditimbulkan oleh MB Selangor itu serupa dengan apa yang telah GB tulis sebelum ini. Petikan:
Di dalam ucapannya juga, Ketua Dewan Ulamak ada menyatakan keputusan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP adalah permasalahn "hukum". Oleh itu ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.
Sedangkan yang membawa usul berkenaan ialah Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dan disokng oleh Nor Azli Musa, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak.
Takkan kedua-dua "ulamak" berkenaan tak tahu bab hukum sehingga terpaksa ianya dimesyuaratkan semula mengenai hukumnya oleh Majlis Syura?
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berdasarkan bahawa usul berkenaan telah diluluskan tanpa bahas oleh Muktamar. Di dalam apa-apa parti sekalipun di negara ini, "keputusan muktamar" itu adalah "keputusan yang tertinggi" bagi sesebuah parti politik. Malah kewujudan Majlis Syura Ulama itu juga boleh dihapuskan dengan keputusan Muktamar.
Malah jika dirujukkan kepada ROS pun, ROS akan menyatakan keputusan Muktamar atau Mesyuarat Agung adalah kata putus bagi setiap perbalahan di dalam pertubuhan. Itu sebab mengapa, apabila terdapat pertubuhan yang terlibat dengan perbalakan, ROS akan mengarahkan diadakan mesyuarat agong semula.
Kewujudan Majlis Syura hanya untuk menampakkan PAS sebagai sebuah "gerakan Islam". ROS hanya mengesahkan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik bukan sebagai sebuah gerakan Islam. ROS adalah Registrar Of Sociiety, bukan Registrar Of Islamic Movement. Dari sudut pertubuhan, keputusan muktamar itulah yang paling tinggi dan itulah yang dinyatakan di dalam Perlembagaan PAS Fasal 7.
Maka itu tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah betul dari perspektif sedemikian, demikian juga pengumuman perletakkan jawatan Mohd Sabu dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Kemudian Datok Mahfodz Mohamed menyatakan bahawa: "Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit."
Ini membuktikan bahawa tak timbul persoalan hukum. Yang ada ialah kepentingan "cari makan". Bimbang pula keadaan di Selangor jika putuskan hubungan dengan DAP kerana dengan penerimaan usul berkenaan, mereka yang memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor pun akan terpaksa patuh keputusan muktamar.
Kita akan dapat menjangkakan bahawa Majlis Syura dan AJK PAS Pusat akan melakukan U-TURN untuk membatalkan usul muktamar berkenaan bagi menyelamatkan kedudukan ahli-ahli PAS yang kini memegang pelbagai jawatan di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor. Bukan soal hukum tapi soal syuru...
Inilah akibatnya bila ulamak-ulamak yang tidak profesyenal berada di dalam PAS dan golongan profesyenal di dalam bab undang-undang disisihkan malah diejekkan dalam muktamar oleh perwakilan. Yang ada ulama-ulama yang buta perlembagaan dan buta undang-undang. Ia petanda bala dan malapetaka bakal menimpa PAS. Jika sebelum ini banyak kes yang menang di mahkamah yang melibatkan PAS dan pemimpinnya termasuk kes Presiden PAS sendiri, kerana adanya profesyenal undang-undnag di dalam PAS. Maka selepas ini dapat dijangkakan ramai pula yang akan tewas di mahkamah dan masuk penjara bila profesyenal disisihkan. Yang ada dalam PAS kini ialah tukang fitnah, tukang jerit, tukang ejek, tukang ketawa dan tukang caci yang otaknya mereng, juga sama seperti pejuang-pejuang rasis seangkatan PEKIDA, Jaringan Melayu Rani Kulop, PERKASA dan seumpamanya.
Kenyataan-kenyataan yang menyuruh semua pihak menunggu keputusan Majlis Syura Ulama adalah kenyataan-kenyataan yang cuba membodohkan ahli-ahli PAS, terutama ulama-ulama bermentaliti seurpa "Ahmad Maslan" dan "Hassan Malek" yang kini ramai terdapat dalam PAS. Tahap pendidikan dan pemikirannya mediocre, tetapi tahap mengampu Presiden sampai ke tahap taksub, dan mereka inilah yang menang dalam pemilihan muktamar yang lepas.
COMMENTS:
- DUPP telah mula mengeluarkan kenyataan U-turn, masa mengemukakan usul tiada seorang ustaz atau ulama yang memikirkan kesannya. Sikap gopoh dan ego yang tinggi menyebabkan PAS menerima bahana. Berbelit-belit lidah Ketua DUPP mengeluarkan kenyataan bagi mengelak DUPP disalahkan. Maka cuba diletakkan kesalahan pula pada orang lain. Manakala MSU pula tidak dapat bermesyuarat kerana diberitakan Musyidul Am pula telah tamat pelantikkan. Inilah akibat yang harus ustaz-ustaz dan ulama-ulama PAS pelajari dan faham dalam kontek bermuktamar. Jangan mengikut hati yang marah dan ego yang tinggi akhirnya memakan diri dan jemaah.
Terima kasih YB Azmin: Kerana bersama rakyat, Kita nak tunggu exco2 dari PAS dan pemegang2 jawatan dari pas seramai 5,000 orang ada MARUAH diri tak nak melepaskan jawatan, atau nak tunggu macam geng-geng dekat PP, hari ini geng-geng di PP terima surat dari Kerajaan PP Supaya melepaskan jawatan: Kan dah MALU,Semasa BERMUKTAMAR suara mereka hebat sekali sekarang semua kecut perut, SYURU dah MISS, Ketua Mursydul AM nak kemekah tunaikan umrah, sIAPA PULA NAK mengetuai Majlis SYURU ulamak..


0 comments:
Post a Comment