Monday, 7 September 2015

BERSIH tanda di pagar supaya menteri 'tak jadi bodoh'? Silap alamat, menteri hina rumah rakyat!

Isnin, 7 September 2015

Silap alamat, menteri hina rumah rakyat

CUBAAN Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk mengutuk NGO Bersih‎ berakhir dengan kutukan warga maya terhadap dirinya sendiri apabila beliau tersalah alamat.

Abdul Rahman yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, telah memuat naik gambar sebuah rumah yang tidak diketahui sambil menyifatkan rumah tersebut sebagai Pejabat Bersih yang tidak nampak "bersih".

"And this is the office of Bersih which doesn't look like 'bersih' at all" — (Dan inilah pejabat Bersih yang mana tak nampak "bersih" langsung) tulis beliau melalui akaun twitter.

Sudahlah tersilap alamat, sempat lagi dia hina rumah rakyat yang langsung tidak ada kena mengena.‎ Menteri ini patut memohon maaf kepada pemilik rumah yang telah dihina tanpa sebab. Kami tahu, kau tu menteri, rumah kau cantik dan bersih, tandas pun barangkali boleh jadi tempat tidur yang selesa untuk rakyat bawahan. Tapi kau tiada hak menghina rumah rakyat.

"Orang macam ni pun boleh jadi menteri..."

Comments:

dol's avatar
dol · 2 days ago
dh kt klu tk takan dia jd menteri. zaman ni syarat jd menteti msti bodoh dn kuat jilat

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2015/09/silap-alamat-menteri-hina-rumah-rakyat.html#ixzz3l2AHB37d

BERSIH tanda pagar untuk menteri salah alamat


Entah serius atau tidak, BERSIH hari ini meletakkan kain rentang besar di pagar pejabatnya bagi memudahkan seorang menteri kabinet mengecamnya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh pengerusinya Maria Chin Abdullah, pagar pejabat mereka di Petaling Jaya ditandakan dengan tulisan "BERSIH 4".

Malah, diletakkan juga anak panah merah besar menunjukkan nombor pejabat mereka.

"(Datuk) Rahman Dahlan – kalau-kalau kamu tak jumpa pejabat BERSIH lagi. Maaf, tiada permaidani merah," katanya dengan nada menyindir.

Sabtu lepas, hasrat Rahman, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, untuk menempelak BERSIH bertukar jenaka luar jangka.

Ia berlaku apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghantar notis tuntutan kos pembersihan RM65,000 ketika perhimpunan BERSIH 4 ke alamat salah.

Rahman pada mulanya menulis Tweet menyebut premis itu sebagai berkunci, terbiar dan “tak nampak bersih langsung” sambil memuat naik gambar itu ke Internet.

Kesilapan itu bagaimanapun cepat disedari aktivis BERSIH 2.0.

Salah seorang daripada mereka, Zoe Randhawa membalas tweet Abdul Rahman: "Salah rumahlah!”

Abdul Rahman sebelum ini menuntut penganjur BERSIH 4 membayar kos pembersihan sekitar tapak perhimpunan yang berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu

Bil berkenaan, kata Abdul Rahman, tidak termasuk kerugian akibat kerosakan harta awam sepanjang perhimpunan berlangsung.

Bagaimanapun Pengerusi BERSIH 2.0 Maria berkata mereka tidak akan membayarnya dan akan membawa kes itu ke mahkamah.
KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena