GHB Ini Jin Atau Manusia – Nik Abduh
Shah Alam – Masih terlalu awal untuk PAS menentukan sikapnya terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) apatah lagi untuk menjalin kerjasama politik kerana gerakan itu masih belum jelas bentuk dan kedudukannya.
Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Aziz seterusnya berkata GHB setakat ini tidak dapat diiktiraf sebagai “jin atau manusia” dan “mamalia atau amfibia”.
SuaraTV
TERKINI - PIMPINAN PAS MELAKA KELUAR PAS BERAMAI-RAMAI
Beberapa orang bekas pimpinan PAS Negeri melaka telah mengisi dan menyerahkan borang keahlian Parti Pekerja Malaysia yang bakal dinamakan sebagai Parti Amanah Negara.
Mereka adalah terdiri dari dua orang mantan Pesuruhjaya iaitu Ustaz Salleh Yusof dan Sdra Adly Zahari, tiga orang mantan Timbalan Pesuruhjaya iaitu Hj Bakrin Sidek, Ashraf Mukhlis Minghat dan Sofi Wahab, empat orang mantan Setiausaha Perhubungan iaitu Hj Azutdin Hassan, Sdr Adly Zahari, Sdra Harun Mohammad, Hj Yuhaizad Abdullah dan tiga orang mantan Ketua Pemuda PAS Melaka iaitu Sdra Yuhaizad Abdullah, Azreen Abd Majid dan Mohd Jauhar Mohamad Dawi.
Borang keahlian parti baharu telah mula diedarkan di negeri ini dan satu majlis penyertaan dan penyerahan borang keahlian parti baharu secara beramai-ramai akan diadakan di Century Mahkota Hotel, Melaka pada 12 September ini jam 9.00 pagi.
Setakat ini lebih dari 400 orang dilaporkan telah bersetuju berbuat demikian pada hari berkenaan. Majlis berkenaan akan dihadiri oleh Pengerusi Parti AMANAH Pusat, Tn Hj Mohamad Sabu dan beberapa orang pemimpin yang lain.
Penyertaan yang paling ramai adalah dari kawasan Bukit Katil dan Kota Melaka dimana dilaporkan "borang oren" tidak mencukupi dan bekalan tambahan telah dipesan dari pejabat parti AMANAH Pusat untuk menampung permintaan di kedua-dua kawasan berkenaan. Sambutan menggalakkan juga dilaporkan diterima dari kawasan Jasin, Alor Gajah dan Masjid Tanah.
Parti AMANAH Negeri Melaka, mensasarkan 5,000 hingga 10,000 ahli akan dapat didaftarkan di dalam tempoh yang singkat ini.
Kepada sesiapa rakyat Melaka yang berhasrat menjadi Ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh menghubungi talian di bawah mengikut kawasan Parlimen yang disenaraikan.
1. Jasin 019 658 8587
2. Bukit Katil 019 682 1318
3. Kota Melaka 019 667 5521
4. Alor Gajah 019 628 8840
5. Tangga Batu 012 608 2489
6. Masjid Tanah 019 233 4645
7. Angkatan Muda (AMAN) 019 355 5053
8. Angkatan Wanita (AWAN) 019 729 5411
9. Amanah Melaka 016 770 5820 @ 013 627 9269
AMANAH - PROGRESIF - PEDULI
MAJLIS PENGISIAN DAN PENYERANG "BORANG OREN" Peringkat Negeri Melaka
ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.
Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.
Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.
MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427
Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)
Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.
sumber - greenboc
0 comments:
Post a Comment