PELANCARAN PAN ESOK DITERUSKAN
⚡⚡⚡Pelancaran Parti Amanah Negara⚡⚡⚡
InsyaAllah tetap diteruskan esok 16 September 2015. Jemput Ramai2.....
Masa bermula jam 8 hingga 1 tgh hari.
��✴TERKINI✴��
TENTATIF
Aturcara Pelancaran Parti Amanah Negara
16/Sept/2015
IDCC, Shah Alam.
IDCC, Shah Alam.
8.30am - pendaftaran
8.45am - minum ringan/pagi - welcoming drink
9.35am - Konvoi BikersClub mengiringi kenderaan Presiden ke IDCC
9.45am - Pemeriksaan Pembarisan Hormat ARIF
9.50am - Presiden dan Pimpinan masuk ke Dewan
10.00 am - Ucapan Pengacara Majlis
10.05 am - Lagu NEGARAKU
10.10am - Bacaan Doa & Ayat2 Suci Al-Quran
10.20am - Ucapan SUA
10.35am - Tayangan Montaj
10.40am - Upacara simbolik penyerahan PPM ke Amanah
10.50am - Pelancaran Bersepadu
LOGO, Nunji, ARIF dan Media Amanah
11.00am - Lagu Jalur Gemilang
11.30am - Pidato Presiden
12.00 - Bacaan Doa
12.10 - Penangguhan Majlis
12.15 - sesi bergambar
12.30 - Jamuan Makan/Tengahari
**tertakluk kepada pindaan akhir
Sila pakai baju Oren. Kita orenkan Shah Alam esok, InsyaAllah!!!
Posted by AMIR Wartawan Rasmi
Semangat Patriotik Iringi 'Kelahiran' AMANAH Pada 16 September
PETALING JAYA: Selepas 37 tahun ditubuhkan, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia akhirnya akan dijenamakan semula untuk kembali aktif dalam arena politik nasional.
Bakal menggunakan nama baharu - Parti Amanah Negara (Amanah), ia dilihat bakal menjadi pesaing kepada PAS apabila menggunakan Islam sebagai teras perjuangan.
Setiausaha Penaja Amanah, Anuar Tahir bagaimanapun berkata, pendekatan yang bakal digunakan parti berkenaan berbeza dengan PAS apabila mengamalkan konsep terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak, termasuk bukan Islam.
"Kita lebih inklusif, Amanah terbuka untuk semua tanpa mengira kaum mahupun agama. Lebih-lebih lagi konsep Islam yang diketengahkan Amanah akan turut memberi manfaat kepada semua pihak," katanya kepada mStar Online pada Selasa.
Tambah Anuar, tarikh pelancaran rasmi Amanah turut mempunyai signifikasi tersendiri apabila ia diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.
"Sebenarnya esok adalah acara anjuran Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Pada majlis itu nanti akan diadakan pelancaran rasmi proses penjenamaan semula termasuk nama dan logo baharu parti.
"Majlis pelancarannya akan diadakan dalam semangat patriotik dan penuh warna warni sebagai meraikan kepelbagaian di negara kita," katanya.
Pelancaran Amanah akan diadakan pada Rabu di bangunan Kompleks Konvesyen Pameran Perabot (IDCC) Shah Alam.
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 oleh Ganga Nayar yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besi dan Dewan Undangan Negeri Sungai Way pada Pilihan Raya Umum ke-5.
Penubuhan Amanah diusahakan bekas pimpinan PAS dari kumpulan progresif yang disingkirkan daripada parti itu pada pemilihan Jun lalu.
Pada ketika ini Amanah diketuai Pengerusi Penaja, Mohamad Sabu yang turut gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS.
Menurut Anuar, pada majlis berkenaan akan diadakan simbolik penyerahan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada kepimpinan baharu oleh anak kepada pengasas parti berkenaan.
Mengulas mengenai sambutan terhadap Amanah, Anuar berkata, sehingga kini sebanyak lebih 30,000 borang keahlian siap diproses menjelang pelancaran rasmi esok. -Mstar/15/9/15
"Sebanyak 50,000 borang keahlian sudah dikeluarkan. Alhamdulilah sambutan dan minat yang ditunjukkan kepada Amanah adalah sangat baik.
"Kita yakin sasaran awal untuk mengumpul seramai 100,000 ahli menjelang Disember ini akan tercapai," katanya.
DCM
.
.
0 comments:
Post a Comment