Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang benar-benar hendak memperjuangkan maruah Melayu harus menggunakan saluran yang betul melalui Umno yang menerajui kerajaan, bukan dengan cara membangkitkan sentimen perkauman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 September, 2015.
Jangan sambut Hari Malaysia dengan perhimpunan berbaur perkauman, kata Muhyiddin
Timbalan presiden Umno itu berkata, mereka yang benar-benar hendak memperjuangkan maruah Melayu harus menggunakan saluran yang betul melalui parti itu yang menerajui kerajaan, bukan dengan cara membangkitkan sentimen perkauman.
"Janganlah pula Hari Malaysia disambut dengan perarakan atau perhimpunan yang boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya.
"Pastinya perhimpunan yang dijadualkan pada 16 September ini mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat baik dari sudut objektifnya mahupun cara penganjurannya," kata Muhyiddin dalam Perutusan Hari Malaysia beliau menerusi laman Facebook miliknya hari ini. – 15 September, 2015.
MENYUSUL LAGI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-sambut-hari-malaysia-dengan-perhimpunan-berbaur-perkauman-kata-muhyi#sthash.GNRYsANs.dpufPerhimpunan ‘Baju Merah’ Tidak Dapat Kebenaran Polis
Polis tidak akan membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu' yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 16 September ini atas implikasi keselamatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Noor Rashid berkata setakat ini pihak penganjur masih belum membuat sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.
"Sekiranya perhimpunan ini diteruskan juga, polis akan mengawal dan memastikan mereka tidak mengganggu dan merosakkan harta benda atau orang yang menjalankan aktiviti harian mereka di tempat tersebut," katanya.
0 comments:
Post a Comment