Sunday, 6 September 2015

PAS sedang bina semula tembok yang telah diruntuhkan...

Ahad, 6 September 2015
Runtuhnya Tembok Berlin

PAS sedang bina semula tembok yang Allahyarham Ust Fadzil berjaya runtuhkan?

Dengan adanya tembok tu ahli PAS cukup kuat, langsung tak goyang masa tu dan ceramah pulak berapi-rapi tapi bila datang pilihanraya banyak calon PAS yang bukan takat kalah tapi hilang wang deposit.
TheRakyatPost melaporkan: 
PAS dikatakan sedang melaksanakan Ops Pagar atau Ops Kepung, bagi menghalang ahli-ahli muslimatnya daripada menghadiri majlis anjuran Parti Amanah Negara (PAN).

Ketua Wanita PAN, Dr Siti Mariah Mahmud mendedahkan, berdasarkan maklumat yang diperolehinya, jika berbuat demikian, mereka yang memegang jawatan dalam parti atau berkhidmat dengan kerajaan negeri boleh dipecat.

Beliau percaya PAS berbuat demikian kerana bimbang dengan sambutan ahli parti itu, sejak PAN ditubuhkan pada 31 Ogos lalu.

“Melalui maklumat yang diperolehi, kita dapat tahu sesiapa yang hadir, sekiranya tergolong sebagai memegang jawatan dalam politik atau kerja dengan kerajaan, boleh dipecat,” katanya pada majlis penerangan kepada golongan wanita setempat, pada petang semalam. -TheRakyatPost
Era tahun 80an dulu PAS bena tembok tinggi untuk halang ahli PAS keluar tinggalkan PAS sampai tahap ramai ahli PAS yang tak makan sembelihan orang Umno.

Tembok tu bukan saja berjaya halang ahli PAS keluar tapi dalam masa yang sama menjauhkan orang lain dari PAS.

Dengan adanya tembok tu ahli PAS cukup kuat, langsung tak goyang masa tu dan ceramah pulak berapi-rapi tapi bila datang pilihanraya banyak calon PAS yang bukan takat kalah tapi hilang wang deposit.

Allahyarham Ust Fadzil berusaha sungguh-sungguh untuk runtuhkan tembok tu. Macam-macam usaha dibuat terutama sekali untuk mendekatkan orang cina dengan PAS.

Akhirnya dengan musibah yang menimpa Anwar Ibrahim buka peluang untuk Allahyarkan Ust Fadzil menubuhkan gerak GERAK yang menghimpun parti-parti politik pembangkang dan NGO yang pengerusikan oleh Ust Fadzil Sendiri.

GERAK berjaya merobohkan tembok tu sampai tahap Lim Kit Siang pun boleh hadir berucap di Markaz PAS Taman Melewar yang kehadirannya melempah sampai ke longkang, pertama kali dalam sejarah Markaz Tarbiah gegak gempita dengan tepuk tangan berselang seli dengan takbir dan laungan reformasi.

Adakah sekarang ni PAS macam nak bina balik tembok tu dalam usaha nak halang pemimpin dan ahli PAS berhijrah ke parti Islam yang baru Parti Amanah Negara (Negara)?

Aku nampak memang ada usaha ke arah tu, dan kalau dilihat di media sosial bukan kata sedang dibina tapi tembok tu dah pun tertegak dan semakin tinggi dan kukuh.

Apa pun, insyaallah dengan adanya tembok yang tinggi dan teguh tu PAS takkan mati walau sehebat mana pun bagai melanda...
Hahaha...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena