Tuesday, 15 September 2015

PAS Sedang Mengagalkan PR2.0 melalui PKR...UMNO sedar! PKR akan terkontang kanting keseorangan?

Selasa, 15 September 2015

PAS Sedang Mengagalkan PR2.0 Melalui PKR

UMNO sedar.

Sekiranya Pakatan Rakyat 2.0 tertubuh yg terdiri dari PKR, PAS dan DAP maka harapan mereka utk mendapat kembali 2/3 di Parlimen akan kekal meleset.

Mereka mungkin mampu kekal memerintah tapi dengan majoriti tipis.

Lebih2 lagi UMNO sendiri sedang berpecah belah dan berhiruk pikuk perang sesama sendiri.

Mujurlah ada PAS membantu UMNO meneruskan hayat mereka.

Makanya, UMNO perlu mengagalkan penubuhan PR2.0 dengan apa cara sekalipun.

Caranya adalah UMNO akan menggunakan PAS untuk mengagalkan penubuhan PR2.0 sekali lagi.

PAS akan memperintimkan hubungan dengan PKR sehingga ke tahap PKR akan merasa PAS sudah boleh dijadikan kawan semula.

Dan Azmin Ali akan lebih lebih lagi melobi supaya hubungan dgn PAS diutamakan berbanding partai2 lain kerana mahu menjaga kerusi MB Selangor beliau.

Akhir sekali PAS akan memberi syarat penyertaan mereka dlm PR2.0 haruslah tanpa Amanah.

Pada waktu yg sama Amanah dan DAP akan menolak penyertaan PAS ke dalam PR2.0 dengan tegas kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Akhirnya PKR akan mengambil keputusan utk kekal bersama PAS dan menolak bersama PR2.0.

Sekiranya PKR menyertai PR2.0 tahun ini mereka akan terpaksa memecat exco2 PAS dari kerajaan negeri Selangor. Ini bakal mengundang bahaya kepada jawatan MB Azmin Ali.

Kebersamaan dgn PAS adalah jauh lebih penting demi mengekalkan jawatan MB Azmin Ali dari kepentingan parti atau rakyat.

Natijahnya kelak penubuhan PR2.0 akan gagal dan UMNO akan mampu mendapat majoriti 2/3.

PRU 14 kelak akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru: BN vs PAS-PKR vs PR2.0

PAS pula di hari  penamaan calon mungkin akan mengisytharkan perpaduang mereka dengan UMNO dan tinggalah PKR terkontang kanting keseorangan.

TULANG BESI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena