TAHNIAH : KENYATAAN PAS YANG SANGAT 'CERDIK'
Kami kira ini kenyataan yang cerdik dan hebat. Memang kita tidak hairan dengan kenyataan ini kerana PAS sendiri menyatakan bahawa mereka bertanding bukan untuk menang. Kata mereka kemenangan perkara yang kedua.
Tetapi yang peliknya kalau sudah tahu tidak menang dan tak mahu kami kira tidak perlulah PAS bertanding kerana ianya sudah tentu merugikan masa dan duit sahaja. Bak kata orang Negoghi 'mengabihkan bogheh yo'.
Hari ini media melaporkan bahawa PAS sedia bertembung dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi merebut kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan berkata sebagai sebuah parti yang berpengalaman, PAS sudah bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.
"Itu hak mereka. Mereka nak tanding di mana sekali pun itu hak mereka. Ada pun kita PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum dengan keputusan yang kita akan buat nanti.
"Berapa dan di mana kerusi yang kita nak tanding akan diputus kemudian.
"PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan besar sedia hadapi apa jua situasi untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Pelancaran Program “Himpunan 60 Ribu” (H60K) di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini. Tahniah PAS.
mutaligat
comments:
Anonymous said... Pas akan bertempur dengan PAN dalam semua Dun dan Parlimen di seluruh negara. Saya percaya ini adalah strategi yang sesuai dengan Pas sekarang.
Pas tahu di Dun dan Parlimen di bandar besar dan mini bandar akan kecundang kerana rakyat berbangsa Melayu, China dan India sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan korup UMNO\BN.
Pertembungan dengan dengan PAN , akan memenangkan UMNO\BN dikawasan campuran pelbagai bangsa, terutama undi orang Cina.
Pas kalah tak menjadi hal kepada Tontawi dan Pas bila berlaku pertembungan, asalkan dapat mengakhiri hayat PAN, ianya dianggap kejayaan besar bagi Tontawi dan Pas.
Saya merasakan PAN tahu strategi 'cerdik' tontawi dan para wala'un. Sekadar peringatan kalau boleh PAN mengambil pendekatan yang lebih ke hadapan dan lebih 'cerdik' dari cara berfikir dan strategi Tontawi dan Pas. Akhirkata saya mengucapkah tahniah sempena kelahiran PAN pada 16.9.2015.
ZBJ 15 September 2015 at 18:20
0 comments:
Post a Comment