Tuesday, 15 September 2015

[Video] 'Baju merah' tak berjuang bagi Melayu, kata Mahathir

Selasa, 15 September 2015

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tanggapan bahawa himpunan 'baju merah' yang dijadualkna esok mahu mempertahankan orang Melayu. Beliau juga menafikan dakwan sesetengah pihak bahawa himpunan BERSIH 4 adalah bersifat perkauman dan berkata semua bangsa hadir bersama pada perhimpunan hujung bulan lalu itu.
Tak payah la ada perhimpunan, kata Dr M
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa perhimpuan baju merah esok adalah untuk mempertahankan orang Melayu atau pun BERSIH 4 adalah rasis.

"BERSIH 4 bukan rasis, semua bangsa ada bersama.

"Jadi (baju merah) nak jadikan perhimpunan BERSIH ni rasis supaya kononnya mereka berjuang untuk orang Melayu.

"(Tetapi) mereka tidak berjuang untuk orang Melayu. Tak payah la ada (perhimpunan)," kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Kumpulan Baju Merah, dipimpin oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos akan menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok, Kuala Lumpur esok.

Perhimpunan itu pada mulanya dikenali sebagai Himpunan Maruah Melayu sebelum penganjurnya, kumpulan silat PESAKA, memberitahu media bahawa ia untuk semua rakyat Malaysia.

Perhimpunan esok dirancang sebagai reaksi kepada BERSIH 4 pada penghujung bulan lalu yang mendapat sokongan meluas tetapi dikaitkan media arus perdana dan pemimpin kerajaan dengan dominasi Cina dan DAP.

Isu gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipijak dalam perhimpunan itu juga dibangkitkan meluas sebelum ini.

Mahathir hadir dalam kedua-dua hari perhimpunan itu bagi menyatakan bantahannya kepada pentadbiran Najib yang sedang terasak dengan pelbagai dakwaan.

- mkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena