KENYATAAN MEDIA
DOAKAN KESEMBUHAN YB HANIPA DAN TUAN HJ ASMUNI
1. Ahli Parlimen (Sepang) YB Hanipa Maidin telah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas disedari pengsan secara tiba-tiba ditempat duduk beliau di Dewan Rakyat petang tadi.
2. Dalam perkembangan terbaru, kami dimaklumkan bahawa YB Hanipa kini telah dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
3. YB Hanipa adalah salah seorang anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) yang sangat komited dalam parti dan aktif mengambil bahagian dalam setiap perbahasan di Dewan Rakyat.
4. Selain beliau, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah iaitu Bendahari Agung Tn Hj Asmuni Awi juga kini berada di IJN selepas melalui pembedahan pintasan jantung beberapa hari lalu.
5. Seluruh kepimpinan Amanah mengharapkan mereka segera sembuh dan boleh kembali berkhidmat seperti biasa. Kepada seluruh ahli dan penyokong Amanah, ambilah sedikit masa untuk turut sama-sama mendoakan kesihatan mereka.
"Harapan Baru"
MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
4 April 2016
Mohamed Hanipa akan jalani pembedahan malam ini
04 April 2016 | ARIF ATAN
Presiden Amanah Mohamad Sabu mengesahkan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang pengsan di Dewan Rakyat petang tadi akan menjalani pembedahan malam ini.
Beliau petang tadi rebah di Dewan Rakyat dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas pengsan secara tiba-tiba.
Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Amanah itu dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.
"YB Sepang, Hanipa Maidin dikejar ke IJN sebentar tadi. Moga Allah permudahkan urusan beliau dan segera sembuh," kata Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan seperti tersebar di aplikasi WhatsApp sejak lewat petang tadi.
Sementara itu, Pegawai Parlimen memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110. Difahamkan juga beliau akan menjalani pembedahan malam ini.
Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik foto insiden berkenaan di laman sosial Twitter beliau.
Mohamed Hanipa adalah Ahli Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket Pas sebelum menyertai Parti Amanah Negara tahun lalu.
YB Hanipa Maidin, selesai menjalani pembedahan dengan selamat. Kini beliau direhatkan di Neuro ICU HKL untuk rawatan.
Bersama kita mendoakan urusan beliau dipermudahkan dan YB Hanipa kembali sihat. InshaAllah.
Bersama kita mendoakan urusan beliau dipermudahkan dan YB Hanipa kembali sihat. InshaAllah.
0 comments:
Post a Comment