Saturday, 9 April 2016

[Video] '1MDB enggan serahkan penyata kewangan luar negara, kenapa?' Kemungkinan wang 1MDB AS$5.5 billion di luar negara hilang?

Sabtu, 9 April

Published on Apr 7, 2016
Pihak berkuasa, termasuk polis diminta menyiasat kemungkinan adanya elemen jenayah wang 1MDB AS$5.5 billion di luar negara hilang.

Gesaan ini dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, PAC yang menyiasat 1MDB lebih 10 bulan lalu.

Beliau turut mempertikaikan mengapa penyata akaun bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara dan PAC. Oleh itu SPRM dan Bank Negara wajar menyiasat aliran wang 1MDB di luar negara.

Laporan PAC bukti Najib gagal

 | April 8, 2016
Beliau perlu memberi penjelasan terperinci memandangkan imej dan kredibiliti negara kini dipersoal dan mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
wan-azizah-pac
PETALING JAYA: Laporan siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menunjukkan kegagalan urus tadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan perlu segera memberikan penjelasan terperinci memandangkan imej dan kredibiliti negara kini dipersoal.
“Pelbagai persoalan belum terjawab, yang memerlukan Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri untuk memberi penjelasan terperinci pada kadar segera.
“Hal ini kerana, imej dan kredibiliti negara semakin dipersoal akibat siasatan demi siasatan yang dilancar di negara asing berkaitan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Presiden PKR berkata, isu urus tadbir 1MDB ini telah dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2009, namun tidak diendahkan oleh kerajaan.
“Mengapa Najib selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tetap membenarkan pelbagai masalah di 1MDB ini berlarutan sehingga berhutang hampir RM50 bilion?” soalnya.
Beliau turut mempersoalkan bagaimanakah syarikat milik Kerajaan itu boleh mengalami kerugian memandangkan segala keputusan haruslah mendapat kelulusan bertulis dari Najib sendiri.
“Bagaimana keputusan pelaburan-pelaburan yang disebut sebagai merugikan 1MDB dibuat memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Syarikat TIA dan 1MDB menyatakan segala keputusan pelaburan mesti mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri?” katanya.
Bukan itu sahaja, Wan Azizah turut mempersoalkan sama ada Najib akan mengambil tindakan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) yang sering membuat pelbagai dakwaan berat berkaitan isu 1MDB ini.
“Memandangkan laporan tersebut menyatakan Lembaga Pengarah gagal melaksana tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat 1MDB, adakah siasatan polis akan dimulakan terhadap bekas Ketua Eksekutif Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, ahli-ahli Lembaga Pengarah malah juga ahli-ahli Lembaga Penasihat?
“Adakah Najib akan membersihkan nama beliau serta nama negara dengan menyaman semua media antarbangsa terutamanya Wall Street Journal, yang sering membuat pelbagai dakwaan berat berkaitan isu 1MDB?, katanya.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena