Thursday, 7 April 2016

[Video] Uber-Grab: 'Jangan sampai pemandu teksi terpaksa merompak'.

Khamis, 7 April 2016

Uber-Grab: Jangan sampai pemandu teksi jadi perompak – PPIM

 | April 6, 2016
Cari penyelesaian menang-menang untuk semua pihak, pemandu serta penumpang.
VIDEO INSIDE

Jangan-sampai-pemandu-teksi-terpaksa-merompak
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tidak lagi berdiam diri dan segera menyelesaikan kemelut antara pemandu teksi dan pengusaha pengangkutan, Uber dan Grab.
Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan pemandu teksi telahpun terjejas teruk sehingga ada yang telah kehilangan lebih separuh sumber pendapatan mereka.
“Bila tak diregulisasikan, pendapatan pemandu teksi dah kurang. Kita takut pemandu teksi akan tertekan. Bila dia tertekan, kita lihat hari ini, pendapatan dah kurang. Mungkin terpaksa akan mencuri dan merompak sebab tak cukup pendapatan,” kata beliau dalam sidang media hari ini.
Kemelut teksi dan Uber-Grab ini telah mencetuskan demonstrasi jalanan, terbaru apabila pemandu-pemandu teksi melancarkan mogok hingga melumpuhkan trafik di Bukit Bintang, akhir Mac lalu.
Nadzim menyatakan rakyat Malaysia sudah tidak mahu menunggu keputusan SPAD yang ‘terlalu lama’ mengkaji dan membiarkan sahaja kemelut antara kedua pihak berterusan tanpa melakukan apa-apa tindakan.
“Benda ini tak seharusnya dibiarkan tanpa garis panduan,” tegas Nadzim; “Kita nak satu atau dua tiga formula supaya semua pihak dalam keadaan baik.”
“SPAD perlu tubuhkan syarikat supaya semua pemandu ada syer. Ini cadangan kita. Kita tak tau apa yang pihak SPAD nak buat selepas ini,” kata beliau.
Sidang media hari ini turut disertai beberapa persatuan teksi yang secara keras mahu Uber dan Grab diharamkan.
Mereka mahukan keadilan bagi pemandu teksi yang terpaksa mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk membayar sewa teksi serta penyelenggaraan kenderaan, di samping bersaing dengan perkhidmatan Uber serta Grab.
Timbalan Pengerusi Persatuan Teksi 1 Malaysia (Pers1m), Kamarudin Mohd Husain berkata kerajaan dan agensi berkaitan sepatutnya memperkasakan pemandu teksi yang telah berkhidmat dengan baik di Kuala Lumpur dan bandar utama Malaysia yang lain.
“Sekiranya Uber atau Grab bagus, kerajaan (sila) buat pengumuman minta kami pulangkan teksi dan lesenkan kami guna kereta persendirian untuk buat Uber dan Grab ini,” kata beliau.
“Ini bukan soal pembaharuan dan aplikasi tapi sistem dan cara mereka berniaga,” tambahnya.
FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena