Tuesday 7 June 2016

[Video] 'Mau pilih AMANAH atau mau pilih BN?' Undi untuk Amanah, undi urus tadbir yang baik, kata Pakatan Harapan.

Rabu, 8 Jun 2016



Undi untuk Amanah, undi urus tadbir yang baik, kata Pakatan Harapan

Azhar Ab Shukur (dua dari kiri) ketika menerima watikah pelantikannya sebagai calon Pakatan Harakan di PRK Sungai Besar 1 Jun lalu.
Azhar Ab Shukur (dua dari kiri) ketika menerima watikah pelantikannya sebagai calon Pakatan Harakan di PRK Sungai Besar 1 Jun lalu.
Pakatan Harapan menegaskan, undi untuk calon Amanah dalam pilihan raya kecil Sungai Besar adalah undi untuk urus tadbir yang baik sebagaimana yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Selangor.
Dalam satu kenyataan bersama tiga parti Pakatan Harapan, iaitu PKR, Amanah dan DAP, sejak perubahan tampuk kepimpinan pada 2008, kerajaan Selangor telah bekerja keras untuk memenuhi aspirasi rakyat dalam menjana ekonomi negeri Selangor.
"Berdasarkan Laporan 2010-2014 daripada Jabatan Statistik, negeri Selangor telah menyumbang kepada pendapatan negara, iaitu sebanyak 22.4 peratus menerusi penjanaan aktiviti ekonomi, manakala Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur adalah yang kedua pada 15.1 peratus.
"Kemajuan ekonomi di Selangor mahu dikongsi Pakatan Harapan dengan rakyat terbanyak," kata kenyataan yang ditandatangani oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad itu.
Menurut kenyataan itu, bahagian barat laut Selangor adalah kawasan tertumpu kepada industri pertanian.
Pada tahun 2014, industri pertanian meliputi 1.7 peratus kawasan yang menjalankan aktiviti ekonomi di Selangor. Kerajaan negeri, katanya, berusaha untuk meningkatkan penghasilan dan kualiti pengeluaran dan dalam memenuhi maksud ini, 900 petani dari Sungai Besar telah menerima bantuan baja mikrob yang menelan belanja sebanyak RM 225,000.
Terletak di kawasan pesisir pantai Selangor, Sungai Besar juga merupakan kawasan tertumpunya komuniti nelayan.
"Kerajaan Selangor berjaya menguruselia pendapatan nelayan yang tidak tetap, dan kerajaan juga telah melaksanakan satu Program Skim Bantuan Nelayan sejak 2012," kata kenyataan itu.
Di kawasan Sabak Bernam dimana terletaknya Sungai Besar, 121 nelayan telah menerima bantuan tambahan sebanyak RM901,000 untuk sampan, enjin bot, dan alatan memancing dan menjala.
Bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan penduduk kawasan Sungai Besar, kerajaan Selangor telah memperkenalkan program Dana Usahawan Mikro, katanya.
Sehingga kini, kerajaan negeri telah membelanjakan RM616,290 dalam memberi manfaat kepada 66 orang usahawan mikro dari Sabak Bernam, kata kenyataan itu.
"Kesemua kejayaan ini adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor dalam memastikan hasil negeri diagihkan dengan baik di segenap peringkat dan lapisan masyarakat.
"Kerajaan Selangor dinakhoda oleh Parti Keadilan Rakyat(Keadilan), dengan kerjasama rakan-rakan seperjuangan Parti Amanah Negara dan Parti DAP,"katanya.
Menurut kenyataan itu, fokus Pakatan Harapan adalah untuk mengangkat status ekonomi rakyat ke arah ekonomi yang hebat dan masyarakat yang ulung.
"Pakatan Harapan menyambung aspirasi rakyat yang mengundi dan menaruh kepercayaan kepada kami sejak tahun 2008 lagi. "Kami siap siaga InshaaAllah dalam memenuhi impian dan aspirasi rakyat bermula dengan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena