Friday, 22 July 2016

Jom support hastag #BeStrongMO1 & 'Perang' #BeStrongPM di media sosial..."Berhadapan tohmahan dan persepsi negatif yang dilemparkan".

Sabtu, 23 Julai 2016
Jom support hastag #BeStrongMO1

Jabatan Keadilan AS (DOJ) Rabu lalu mengadakan sidang medianya di Los Angeles mendedahkan laporan siasatan yang dilakukan jabatan itu.
Jabatan Keadilan AS (DOJ) Rabu lalu mengadakan sidang medianya di Los Angeles mendedahkan laporan siasatan yang dilakukan jabatan itu.

Pendedahan DOJ: Imej Malaysia terus merosot jika isu 1MDB tidak diselesaikan

Imej Malaysia akan terus merosot sekiranya isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak diselesaikan oleh kerajaan di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan apa yang telah didedahkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Timbalan Naib Canselor Unisel, Prof  Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, dengan perkembangan terkini kenyataan dikeluarkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) Rabu lalu, menambah luaskan lagi persepsi rakyat negara ini dan dunia mengenai apa yang berlaku.
"Di Malaysia rakyat memahami isu 1MDB dengan baik adalah dikalangan golongan pertengahan ke atas. Mereka ini akan menjadi kumpulan pendesak untuk memastikan kerajaan BN menangani isu ini secara profesional dan tidak berselindung.
"Bagi masyarakat luar bandar mereka tahu mengenai isu ini yang dikaitkan dengan perdana menteri walaupun terdapat pandangan dan persepsi berbeza dikalangan mereka.
"Manakala bagi sebahagian rakyat pula jika apa yang didedahkan oleh DOJ ini ada kaitannya dengan perdana menteri, pastinya rakyat akan membuat pilihan pada pilihan raya akan datang.
MALAYSIADATELINE


'Perang' #BeStrongPM di media sosial

Media sosial menjadi medan rakyat Malaysia menyatakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak ketika isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dan Malaysian Official 1 terus diperkatakan.
Menggunakan hashtag #bestrongPM pelbagai kata-kata semangat dan perangsang untuk perdana menteri dimuat naik bagi menunjukkan sokongan kepada beliau.
Bagaimanapun masa yang lama tidak diperlukan untuk kempen menyanggah sokongan itu muncul apabila pengguna lain media sosial mempersendakan hashtag berkenaan.
Antara lain mereka mengaitkan Najib dengan siasatan terhadap skandal 1MDB.
Semalam DOJ mengemukakan saman sivil untuk menyita pelbagai harta tanah serta aset yang disyaki dibeli menggunakan dana awam yang diperoleh daripada 1MDB.
Beberapa nama muncul dalam laporan pihak berkuasa AS berkenaan, termasukanak tiri Najib, Riza Aziz dan hartawan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low.
Turut menarik perhatian ramai ialah individu tidak dinamakan tetapi dirujuk dokumen berkenaan sebagai "Malaysian Official 1".
Ekoran siasatan berkenaan pihak berkuasa beberapa negara lain turut membuat sitaan, termasuk Singapura dan Switzerland.
Sementara itu kerajaan tetap dengan pendiriannya bahawa kerajaan tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung siasatan 1MDB.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang daripada 1MDB digelapkan.
“Tiada bukti daripada sebarang siasatan djalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan dalam pelbagai bidang kuasa menunjukkan terdapat wang digelapkan daripada 1MDB...,” katanya.
Apandi juga berkata tiada pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu atas kesalahan menggelapkan dana daripada 1MDB.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena