Thursday, 21 July 2016

'Perigi buta' Selepas ini, apa kesudahannya akan menimpa Pas pula...KONSERT SELENA GOMEZ PAS mengapa tak bantah?

Khamis, 21 Julai 2016

EXCO PAS TAK BANTAH KAH KONSERT SELENA GOMEZ?

Konsert Selena , tiada masalah diteruskan(klik) ikut kata Azmin Ali. Mesyuarat Majlis  Kerajaan Negeri Selangor, kenapa Exco  PAS Selangor tak bangkitkan.?

Seterusnya, ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dari PAS mengapa tak bantah. ?

Dalam pada itu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat buat demo bantah.

Pemimpin PAS terus bertempor dan gempor | Isu Perigi Buta

PEMIMPIN PAS: TERUS BERTEMPOR DAN GEMPOR.


Ketika mana muktamar Pas terakhir di SM Kuala Selangor yang lepas, dipenghujung muktamar, sebaik dibekalkan keputusan pemilihan AJK yang mendapat pertolongan kehendak Allah, itulah pandangan ramai para perwakilan, mereka amat berbangga akan keputusan mereka buat secara cai. Ya! Mereka telah nyahkan segugus, setandan tokoh pemimpin yang lebih 35 tahun mengabdi diri dalam mewarnai jalor pengisian perjuangan hala tuju Pas dahulu. Terdapat ramai perwakilan belum lahir ketika pemimpin yang ditudoh dengan pelbagai tudohan itu, telah sebati dalam Pas. Tindakkan perwakilan solid menolak pemimpin professional dan NGO. Ianya selari dengan slogan dihajati oleh Hadi Haron yang lama dijaja.

Detik itu, seolah-olah sidang perwakilan muktamar macam tersampok hysteria, mabuk air daun ketum. Mereka meraikan kegembiraan dalam dewan muktamar, kerana kini hanya terdapat pemimpin bersih dari menentang kepimpinan ulamak. Bilamana tercapai dah, dua tahun mereka bekerja bersunggoh-sunggoh untuk menyingkir pemimpin yang tidak ulamak yakni Yang Profesional dan NGO. Saya masih ingat, pendengaran saya belum lumpuh sekarang. Sebaik segugus pemimpin Pas tersingkir dalam pemilihan, makanya bermadahlah Haji Hadi Presiden Pas sekira-kira, “Semua pemimpin terpilih pada hari ini, ianya pemilihan lepasan tapisan Tuhan”.

Sayang 2.6B% kali sayang, terbayang siang dan malam, sekelian pemimpin yang Hadi Awang dakwa ketika itu telah mendapat restu dan tapisan dari Tuhan adalah tidak benar dan tersasar jauh ke Lautan Hindi. Sayang madah dan pendapat Presiden Pas Hadi Awang tidak tepat seperti tetap busar panah kedada musoh. Realitinya sekarang, dan pasti, ianya akan berlarutan tidak mampu untuk dibendong dikongkong lagi. Spesis pemimpin akan protes serta berbeda pandangan hatta tindakkan akan berterusan dan berkembang, serta mendapat sambutan, saya pasti keadaan ini berkembang biak. Wujud pemimpin, ahli selepas Hadi Haron, Abdoh Khalil dan beberapa kerat yang lain, mereka bertindak tidak walak kepada Haji Haji.

Tentu sekali fenomina tersebut tak mampu dikawal oleh Hadi, tak terdaya dibendong oleh Haron. Kerana factor masa serta keadaan dan tuntutan keadaan reality semasa. Rakyat serta ahli celek politik realiti. Jelas keyakinan Haji Hadi mula meleset dan tersasar jauh. Mana mungkin kalau Tuhan Allah telah tapis pemimpin Pas seperti Haji Hadi kata, kini ada yang menentang beliau?

Setidak-tidaknya peristiwa kudeta di Turki yang gagal kerana kuasa rakyat, yang kuasa rakyat telah bertindak mengaggalkan pihak tentera merampas kuasa. Kerana factor kepimpinan dan pribadi tinggi Presidennya Erdorgon. Walau tidak canang Islam, tidak berseruan walak tidak berserban berjubah, tetapi beliau telah menterjermahkan Islam yang hakiki dalam perjuangannya. Lantas dan tuntas rakyat bangsanya meyakini tinggi kepada Erdorgon. Tetapi tidak kepada melebalkan mereka ulamak, tetapi rakyat semak dengan mehnah dan kerenah mereka.

Kini rakyat, khususnya ahli-ahli Pas penyokong tegar Presiden Haji Hadi Awang perengkat bawah dan penyokong, sedang scan dan meneliti sepenohnya gerakgeri setiap pemimpin yang cuba-cuba sanggah dan canggah Presiden. Yakni slogan popular “tidak walak pemimpin”. Pemimpin dalam kamus harian Pas Cuma Haji Hadi seorang sahaja yang wajib ditaat dan walak yang telah didoktrin ketika ini. Selain pemimpin selepas Hadi terlucut walak atau taat patoh setia kepimpinan. Sehebat TP Pas TITM pun telah dihambat dan dihina oleh wali-wali Hadi Haron nyah dai Pas. Inilah sikap Pas sekarang berdepan dan menghadapi pemimpin yang berbeda pendapat dengan Hadi.

Pada hemat saya, pandangan dan keputusan Haron Din, terhadap status peranan Pas dalam KNSDE diputuskan pada Syawal (Syawal dah hampir setengah, Haron gagal kota katanya), ianya mengelisah dan seribu masalah difikirkan oleh TP Pas TITM bakal menimpa Pas. Maka terdetik dirinya sebagai pemimpin No 2 kanan dalam Pas yang dipilih dalam muktamar. Kerana semua pemimpin Pas kini telah ditapis oleh Tuhan, makanya TP Pas TITM menganjurkan “GENCATAN SENJATA” dikalangan pembangkang. Pandangan TP Pas TITM itu, pantas dan tuntas disanggah oleh pemimpin kanan dan ketua sayap terkanan dalam Pas yang mereka sama-sama menjadi pemimpin Pas setelah mendapat tapisan Tuhan, tetapi terdapat berbeda pandangan, pendapat dan tindakkan.

Untuk tenang dan redakan keadaan berganda kusut mengundang porak peranda, dengan dukacita sedihnya itu adalah pandangan ‘PENDAPAT PRIBADI AMBOA’. Sama ada ianya ‘pendapat pribadi’, tetapi ianya menjadi lukadan berparut kepada ahli Pas. Kerana yang membuka mulut secara jelas lagi terang adalah Timbalan Presiden Pas TITM yang melepasi tapisah Tuhan dalam pemilihan telah meluahkan bengkak bengkil, kusam kesumat selama lebih setahun beliau menjadi TP Pas. TITM tidak bertahan lama macam TP terdahulu Mat Sabu yang sabar menghadapi mehnah dan kerenah Haji Hadi dalam mengemudi Pas yang membelakangkan AJK agong yang dipilih oleh muktamar.

Sebarang pendapat, samada ianya bentuk pribadi atau mencerminkan Pas, ianya tetap mendapat perhatian dari ahli atau diluar dari ahli. Pasti diluar sana, mereka membuat koreksi dan memberi pandangan. Kerana dalam system demokerasi Pas sebagai parti politk menyertai PRK dan PRU ianya memerlukan manusia sebagai pengundi untuk memangkah calun yang diketengahkan. Bukan Pas mengharapkan spesis malaikat dan jin didaftarkan sebaga pengundi untuk mengundi calunnya yang tak nampak kelih dan payah berurusan.

Pandangan TITM bersabit gencatan senjata pembangkang, yang beliau fokaskan adalah untuk mengatasi situasi kerajaan PH Selangor yang Pas menjadi sebahagian anggota KNSDE tetapi tidak menjadi komponan dalam PH. Kan itunya amat pelek dan amat ajaib bukan? Penyelesain yang TITM carikan. Jelas pandangan TP Pas TITM sebagai penguasa parti Pas haraki kedua, TP TITM tidak kesaorangan. Kenyataan dan pandangan beliau disokong bulat oleh PSJ Selangor juga Naib Presiden Pas ke3 juga beliau adalah Exco KNSDE. PSJ Selangor tidak kesaorang rupanya melawan arus menentang ulamak walak kepada Hadi digugatkan dengan menyokong TPP TITM.

Sambutan baik Naib Presiden ke3 Pas @ PSJ Pas Selangor telah disanggah dan dihina oleh beberapa pimpinan kanan Pas yang lain bersekali dengan TP Pas TITM. Sebagai jawapan balas kepada penghinaan dan penolakkan pemimpin Pas kepada TP Pas TITM dan Naib Presiden Pas ke3 juga PSJ Pas Selangor, TITM dan Iskandar tidak berdua yang tidak walak kepada pucuk pemimpin Pas yakni dekat Hadi Awang. TITM dan Iskandar mendapat sokongan padu dan solid dari semua AhPar dan Adun Pas termasok yang memperbaharui baiahnya baru-baru ini sebagai calun KaPar Sungai Besar jua tandatangan bersama-sama tidak walak dengan presiden. apa habar penyokong kental tuntas Haji Hadi?

Selepas ini, apa kesudahannya akan menimpa Pas dibawah penguasaan dan keputusan tuntas dari Hadi Awang.

Rencana oleh : Ibn Abdullah al Awab

20 July 2016 - Rabu
Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena