*SURAT TERBUKA UNTUK YAB PM MALAYSIA – DS NAJIB TUN RAZAK*
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
SAYA YAKIN YAB TELAH PUN MENGIKUTI KENYATAAN MEDIA OLEH US ATTORNEY GENERAL LYNCH, ASSISTANT ATTORNEY GENERAL FOR THE CRIMINAL DIVISION LESLIE CALDWELL, US ATTORNEY FOR THE CENTRAL DISTRICT OF KEEFE ILENE DECKER AND ANDREW MCCABE DAN MR. WEBBER, CHIEF OF THE INVESTIGATIVE DEPARTMENT AT THE REVENUE SERVICE MENGENAI TINDAKAN KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT KE ATAS 1MDB AWAL MALAM TADI.
IA BOLEH DICAPAI MELALUI INTERNET, DISIARKAN OLEH MEDIA SELURUH DUNIA DAN SALINAN TRANSKRIP KENYATAAN ITU JUGA TERSIAR DI MANA-MANA.
IA SEBUAH PENDEDAHAN YANG JELAS.
BAGAIMANA WANG RAKYAT TELAH DISALAH GUNAKAN, DILARIKAN UNTUK KEPENTINGAN SATU DUA INDIVIDU DALAM JUMLAH YANG SANGAT BESAR – TERBESAR DALAM SEJARAH AMERIKA SENDIRI.
JIJIKNYA PERBUATAN ITU DISENARAIKAN.
BESARNYA PENYELEWENGAN ITU, DITERANGKAN.
KE MANA WANG ITU BERAKHIR DIJELASKAN.
YAB TELAH DIRUJUK SEBAGAI ‘MALAYSIAN OFFICIAL 1’ DI DALAM DOKUMEN BERKAITAN YANG DIFAILKAN.
PEGAWAI AMERIKA JUGA MENGGUNAKAN PERKATAAN ‘A CLOSE RELATIVE OF A SENIOR 1MDB OFFICIAL’ SEBAGAI ANTARA PENERIMA FAEDAH DARI PENYELEWENGAN INI.
JUMLAH YANG TERLIBAT ADALAH TERSANGAT BESAR – TERBESAR DALAM SEJARAH AMERIKA - SEJUMLAH USD 1 B (SEKITAR RM 4 B) DARI MELEBIHI USD 3 B (SEKITAR 12 B) WANG 1MDB YANG DISELEWENGKAN MENERUSI SISTEM KEWANGAN AMERIKA!
YAB SEWAJIBNYA BERTANGGUNG JAWAB ATAS SEMUA PENGKHIANATAN NEGARA INI.
YAB DIBERI TUGAS MELINDUNGI NEGARA TETAPI TELAH GAGAL UNTUK MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN SELAMA INI.
YAB TELAH KELIHATAN SEPERTI TIKUS BASAH SEPANJANG BERKAITAN ISU 1MDB.
YAB KELIHATAN MELINDUNGI SEMUA PERBUATAN ITU.
MENERUSI BUKTI YANG DIFAILKAN DI AMERIKA ITU -YAB ADALAH PENERIMA FAEDAH DARI PENYELWENGAN DAN PENIPUAN YANG DILAKUKAN.
BOLEHKAH SESEORANG YANG TELAH DILIBATKAN BERKEPENTINGAN SEDEMIKIAN JAUH DALAM PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN WANG NEGARA MENERUSI SKANDAL 1MDB INI, MELINDUNGI KEPENTINGAN NEGARA INI, MENYELAMATKAN NEGARA DAN BERTINDAK TEGAS KE ATAS SEMUA YANG BERKAITAN?
JAWABNYA, TIDAK MUNGKIN.
JALAN TERBAIK ATAS NAMA KEPENTINGAN NEGARA, MARUAH YAB SELAKU INSAN DAN HAK TIAP-TIAP SEORANG WARGA NEGARA MALAYSIA TERCINTA – YAB TIDAK MEMPUNYAI PILIHAN, MELAINKAN MENGOSONGKAN JAWATAN YAB, MENUBUHKAN SEBUAH SURUHANJAYA BEBAS DI MANA ANGGOTANYA TIDAK DITENTUKAN OLEH YAB DAN MENGEMBALIKAN SEMUA WANG DAN ASET YANG TERLIBAT DENGAN 1MDB SERTA MEMINTA MAAF DARI SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
HUSAM MUSA
RAKYAT MALAYSIA
7.30 PAGI, 21 JULAI 2016
16 SYAWAL1437
RAKYAT MALAYSIA
7.30 PAGI, 21 JULAI 2016
16 SYAWAL1437
0 comments:
Post a Comment