Friday, 22 July 2016

[Video] Saman DoJ 'Penggubahan Wang Haram': Demontrasi jika Ketua Polis tidak bertindak... Laporan polis bagi kesan ‘Malaysian Official 1’.

Jumaat, 22 Julai 2016




Jabatan Kehakiman AS Failkan Saman, Mohon Rampas Harta 1MDB
www.ohdunia.my 

Laporan polis bagi kesan ‘Malaysian Official 1’

Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis terhadap individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah sivil berkaitan 1MDB yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.
"Saya mahu polis siasat nama-nama yang dinyatakan oleh DOJ dan FBI (Biro Siasatan Persekutuan), iaitu, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz dan (ahli perniagaan) Jho Low, serta ‘Malaysian Official 1'.
"Saya mahu polis juga siasat mana perginya wang AS$ 3.5 juta, yang kata FBI, telah dicuri dari 1MDB," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, selepas beliau membuat laporan itu.
Beliau juga memberi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tempoh seminggu bermula hari ini untuk menyiasat laporan yang dibuatnya.
Jika tidak, katanya, Pakatan Harapan dan pelbagai badan bukan kerajaan, NGO akan mengambil "tindakan drastik".
Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada demonstrasi jalanan secara aman, katanya.
Laporan polis juga dibuat bagi pihak pelbagai badan bukan kerajaan dengan wakil mereka turut hadiri di Dang Wangi, kata bekas exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.
DOJ mengumumkan Rabu lalu, bahawa ia telah memfailkan tuntutan sivil di mahkamah di Los Angeles bagi pelucutan hak dan kuasa untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa hasil penggubahan wang haram melalui 1MDB.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena