Saturday, 2 July 2016

[Video LGE] Malaysia ditadbir mafia, kata Mat Sabu

Sabtu, 2 Julai 2016

Posted by Kedah Lanie 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/10530918_10154010359394192_30862892524969162_n.jpg?oh=d8e79ef4dd9c698ff7fbefdafabc9ec9&oe=5779D47A
Posted by Kedah Lanie 

Malaysia ditadbir mafia, kata Mat Sabu

mat-sabu-guan-eng

GEORGE TOWN: Tindakan pihak berkuasa menahan dan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang atas dua pertuduhan penyalahgunaan kuasa menunjukkan Malaysia kini diperintah “mafia”, dakwa Presiden AMANAH.
Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, penahanan Lim Guan Eng oleh SPRM kelmarin juga adalah siaran ulangan.
“Bagi saya apa yang berlaku kepada Lim Guan Eng ini adalah siaran ulangan,” kata Mat Sabu, merujuk hukuman penjara yang dikenakan ke atas Guan Eng atas tuduhan menyebar berita palsu, pada 1998.
“Sekarang, Perdana Menteri mengaku dia terima RM2.6 bilion tetapi SPRM tidak siasat, tak malukah kamu?
“Saya harap pegawai SPRM bertenang, dakwa Guan Eng elok-elok. Jangan buat macam (Teoh) Beng Hock. Inkues membuktikan Beng Hock dibunuh. Inilah Malaysia sekarang diperintah oleh mafia,” katanya di hadapan kira-kira 500 penyokong Guan Eng di luar pejabat SPRM, pada malam Rabu lalu.
Guan Eng pernah dipenjarakan pada 1998 atas kritikannya terhadap kerajaan kerana gagal membawa kes rogol Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik ke mahkamah.
Semalam, Ahli Parlimen Bagan itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sementara menunggu pengurusan kes yang ditetapkan pada 22 September nanti.
Dia didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd bagi menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman dalam mesyuarat Exco 18 Julai 2014 serta memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu lebih rendah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.
Guan Eng mendakwa ia adalah urus niaga setaraf secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan atau balasan daripada beliau mahupun kerajaan negeri.
Sementara itu, Mat Sabu berpandangan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang memohon untuk menamatkan perkhidmatannya mulai 1 Ogos ini menandakan beliau melihat wujud kepincangan dalam suruhanjaya itu.
“Pegawai-pegawai SPRM ingat, bos kamu tamatkan perkhidmatan saya tidak tahu kenapa, tetapi saya yakin di antaranya dia melihat kepincangan SPRM itu sendiri.
“Tak apalah dakwa dia (Guan Eng), biar…(jika SPRM) begitu telus, mungkin kamu kena tangkap Najib dan dakwa di mahkamah?
“SPRM, polis melakukan demikian barulah rakyat boleh lihat the rule of law, kalau tidak SPRM, polis (adalah) barua Najib.
“Polis, sampai bila kamu nak menyokong Perdana Menteri yang rasuah? Pegawai SPRM, sampai bila kamu nak sokong Rosmah (Mansor) yang bazir duit rakyat? Tak malu kamu di depan Tuhan?
“Kita manusia…akan mati, Tuhan akan perhitungkan kita,” katanya yang mendakwa Malaysia terjerumus ke dalam lembah bahaya di bawah pertadbiran Najib.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena