Meh tengok harta "melayu" nih.. errrmm.. melayu dia ni ek? Asal harta rakyat jer kasi dia. Harta kerajaan jer kasi dia.. habis aset rakyat masuk poket dia sorang.
Dalam Malaysia ni melayu dia sorang jer. Yang lain2 semua orang suku kaum asli Temuan. Moi don moi... kah kah kah..
( dalam bahasa org asli moi don moi tu lain dari yang lain ) pandai tak gua..kih kih kih..
Oii.. tu melayu ka tu? Cer cek betol2 tengok.. tah tah karalla mari.
Boleh gitu?
Dalam Malaysia ni melayu dia sorang jer. Yang lain2 semua orang suku kaum asli Temuan. Moi don moi... kah kah kah..
( dalam bahasa org asli moi don moi tu lain dari yang lain ) pandai tak gua..kih kih kih..
Oii.. tu melayu ka tu? Cer cek betol2 tengok.. tah tah karalla mari.
Boleh gitu?
Mat Sabu ajak bersolidariti bersama anak muda, #TangkapMalaysianOfficial1
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyambut salam anak muda dan akan bersolidariti bersama mereka dalam perhimpunan '#TangkapMalaysianOfficial1' 27 Ogos ini.
Dalam satu kenyataannya hari ini, pemimpin Amanah yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, rakyat mesti bersuara sebelum Malaysia menuju kehancuran ekonomi serta keruntuhan sistem pentadbiran di bawah Datuk Seri Najib Razak.
"Anak muda perlu bangun memulakan kebangkitan pada himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 yang bertanggungjawab membawa negara Malaysia menjadi pincang, kemunduran ekonomi dan pemerintahan diktator.
"Ayuh, salam solidariti buat anak-anak muda daripada kami semua!" kata Mat Sabu, tokoh politik yang banyak menggerakkan himpunan jalanan dan demonstrasi sebelum ini dalam satu kenyataannya.
Menurut beliau, kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti sedang memanggil rakyat ke jalan raya apabila institusi awam utama hampir semua musnah di zaman pemerintahan beliau ketika ini.
Katanya, Peguam Negara yang cuba menyiasat skandal 1MDB diarah berhenti. Anggota-anggota Jabatan Peguam Negara yang dikatakan akan menyediakan kertas pendakwaan, dijumpai mati di dalam tong drum.
Kakitangan SPRM, bermula daripada ketua pengarah sehingga pemimpin lainnya dipendekkan tempoh khidmat dan ada yang ditukar ke tempat tidak perlu.
Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis yang cuba menyiasat isu 1MDB juga ditukar, katanya.
Timbalan Perdana Menteri yang menyuarakan tentang 1MDB, diberhenti dan dipecat daripada ahli Umno. Begitu juga menteri dan menteri besar, katanya.
Bagi beliau, semua aparatus kerajaan yang dibentuk di bawah kerajaan yang berpelembagaan, telah dihancurkan oleh Perdana Menteri Najib Razak.
"Rakyat perlu menukar pemimpin ini, namun sistem pilihan raya negara juga banyak kepincangannya," katanya.
Kalau dahulu, katanya, undi awal hanya kepada tentera dan polis, kemudian dilebarkan kepada keluarga mereka. Sekarang pegawai-pegawai yang bertugas untuk SPR juga perlu mengundi awal.
0 comments:
Post a Comment