Bila dah jadi menteri semua jadi banggang nak menyusahkan rakyaat nak kenyang perut sendiri puiii...
Sengaja saya nak ulang semula isu SRC sementelah disebut semula oleh Muhyiddin di Majlis semalam. Ramai yang masih tidak faham akan isu2 berkaitan 1MDB dan SRC kerana merasakannya terlalu rumit untuk difahami berbanding isu RM2.6 bilion yang terang dan jelas.
Jadi ada eloknya kita pecah2kan isu kepada persoalan paling mudah supaya ramai dapat faham kenapa SRC ini merupakan satu isu. Satu lagi, cai2 Najib suka main pukul rata menuduh fitnah secara umum kepada setiap isu yang kita bangkitkan. Nah, kita tunjukkan salah satu paling mudah yang semua orang boleh mainkan dan waktu sama cai Najib tidak boleh menepisnya sebagai fitnah kerana bukti yang kita tunjukkan adalah dari pihak sebelah 'sana' sendiri.
Jadi ada eloknya kita pecah2kan isu kepada persoalan paling mudah supaya ramai dapat faham kenapa SRC ini merupakan satu isu. Satu lagi, cai2 Najib suka main pukul rata menuduh fitnah secara umum kepada setiap isu yang kita bangkitkan. Nah, kita tunjukkan salah satu paling mudah yang semua orang boleh mainkan dan waktu sama cai Najib tidak boleh menepisnya sebagai fitnah kerana bukti yang kita tunjukkan adalah dari pihak sebelah 'sana' sendiri.
Yang SRC International ini ada ditunjukkan oleh Apandi, gambar dia 'tersilap tunjuk' . Diambil media dan diperbesarkan gambar itu, menunjukkan tentang bagaimana SRC International menyalurkan wang dua kali masuk ke akaun PM ....
Gambar di atas itu adalah imej yang dibesarkan sepertimana yang ditunjukkan oleh Peguam Negara.
Jelas ditunjukkan ADA wang yang keluar dari SRC kemudian melalui dua akaun lain sebelum masuk ke dalam akaun peribadi Najib.
Najib dikatakan tidak bersalah atas alasan beliau tidak tahu wang itu datang dari SRC, kononnya Najib menyangka masih ada baki lagi wang derma padahal dikatakan kesemua baki derma sudah dipulangkan setahun lebih awal dan akaun yang wang derma itu masuk sudahpun ditutup.
Tapi Najib dah belanja wang itu. Dan sekarang dah tahu ia datang dari SRC. So GANTILAH BALIK !
Kalaupun tak nak dakwa Najib tapi Najib dah belanja wang yang bukan miliknya.
Kemudian timbul persoalan KENAPA SRC masukkan duit itu ke dalam akaun Najib ? Atas arahan siapa ? Kenapa persoalan ini tidak dijawab ?
Dan yang paling tak boleh blah adalah jawapan bertulis yang diberikan oleh Najib di Parlimen baru ini yang menyatakan SRC tidak punya sebarang maklumat mengenai wang itu ! ( KLiK )
dinturtle
'Dana SRC biayai hormon anti penuaan, ubahsuai rumah B1'
Laman web pendedah maklumat Sarawak Report mendakwa dana yang dipesongkan daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International digunakan untuk membayar produk kecantikan dan pengubahsuaian rumah.
Dalam satu kenyataan, Sarawak Report berkata pihaknya memiliki dokumen bocor berhubung siasatan pihak berkuasa negara ini ke atas 1MDB yang membuktikan dakwaan itu.
Ia mendakwa bahawa perbelanjaan yang berlaku pada bulan Februari 2015 itu, termasuk bayaran RM1.15 juta untuk apa yang dipercayai sebagai hormon anti-penuaan oleh individu berpangkat tinggi yang dikenal pasti dalam dokumen berkenaan sebagai "B1" dan isterinya.
Produk anti-penuaan itu didakwa dibeli pada harga AS$159,000 setiap satu.
"Sarawak Report tidak berjaya mengesan di pasaran terbuka mana-mana produk seumpama itu yang bernilai AS$159,000 setiap - namun pada kadar pertukaran kontemporari tanda harga yang dihuraikan itu nampaknya sepadan dengan angka RM1,154,000 dalam cek," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Sarawak Report juga mendakwa bahawa dana SRC turut digunakan untuk kerja-kerja permbinaan, termasuk RM100,000 yang digunakan untuk membina pondok pengawal dan kemudahan lain di kediaman B1 di Kuala Lumpur.
Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan dakwaan yang dibuat olehSarawak Report, dan sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada SPRM.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui sejumlah RM42 juta wang SRC berada di akaun bank peribadinya.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali bagaimanapun membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku dengan berkata Najib tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan tidak pula dimaklumkan, bahawa dana SRC dipindahkan kepadanya.
Menurut pendedahan, sebelumnya oleh akhbar The Wall Street Journal dan Sarawak Report, RM50 juta juga dipindahkan dari SRC kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari, yang seterusnya menyalur jumlah berkenaan ke sebuah lagi anak syarikat lain, Ihsan Perdana.
Daripada jumlah itu, RM42 juta dimasukan ke dalam akaun Najib.
Najib berulang kali menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan menuduh seterunya cuba berkonspirasi untuk menjatuhkannya.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment