Salah satu video terbaik oleh Mohamed Abdul Khalid boleh anda tonton bersama meleibatkan idea untuk merapatkan jurang pendapatan dikalangan rakyat miskin, serdahana dan kaya.
Kenaikan Gaji di KL dan Pulau Pinang Negatif “ZERO” dan “NEGATIF”. Punca?
Baru-baru ini Khazanah Research Institute yang telah dikepalai Mohamed Abdul Khalid telah mengeluarkan dan berkongsi kajian dan dapatannya mengenai kenaikan gaji di Malaysia.
Apa yang beliau katakan di sini, kenaikan gaji di Malaysia tidaklah “fantastik” seperti yang aman diharapkan ramai.
Tahun lepas kenaikan gaji di Malaysia bagi tahun 2015 secara puratanya adalah sekitar 6.5 peratus iaitu RM1600 berbanding RM1500 tahun 2014. Bermaksud berlaku kenaikan RM100 setiap bulan.
Dalam pada masa yang sama inflasi di Malaysia adalah sekitar 4 peratus Maknanya masih ada lebihan di situ walaupun menyakitkan. Tetapi…..
Tetapi….jikalau diperinci data kajian yang sedia ada oleh Khazanah Research Institute untuk negeri seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kenaikan gaji di KL dan Pulau Pinang, 2 buah negaria boleh dikatakan “ZERO”. Ya…anda tidak tersalah baca. Mengapa? Nah…ini sebabnya :
- Antara 2014 hingga 2015 separuh daripada pekerja pada 2 buah negeri ini didaftarkan dalam kajian KRI sebagai pertumbuhan dan kenaikan gaji di KL dan Pulau Pinang yang dianggap “ZERO” dan ada yang tergelincir ke paras “NEGATIF”.
- Kenaikan kos pengangkutan, harga makanan naik, subsidi di malaysia satu demi satu dihapuskan termasuk subsidi tepung, beras, lonjakan harga rumah dan lain-lain lagi.
Jikalau pertumbuhan dan kenaikan gaji di KL dan Pulau Pinang adalah “ZERO”, apa yang mereka boleh belanjakan? Sedangkan enjin utama untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah terdorong faktor antaranya perbelanjaan swasta dan perbelanjaan awam. Bertambah teruk lagi apabila hutang isi rumah kita sudah mencecah paras hidung 89.1 peratus.
Jikalau sebelum ini kalangan yang tidak cukup wang, masih ada ruang berbelanja dengan berhutang dengan melakukan pinjaman peribadi, menggunakan kad kredit.
Sekarang, tahap pinjaman isi rumah di Malaysia sudah mencapai tahap sesak. Jadi apa lagi kelompok dan golongan ini boleh belanjakan?
Tiada jurucakap di Jabatan Komersial, akui sumber Tesco
Tesco Stores Malaysia Sdn. Bhd. (Tesco Malaysia) tidak mempunyai staf yang berperanan sebagai jurucakap di Jabatan Komersial seperti terkandung dalam satu makluman yang viral sejak minggu lalu.
Sumber dalaman rangkaian pasaraya besar berpangkalan di Britain itu ketika dihubungi Malaysia Dateline memberitahu, pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut yang kononnya Tesco akan meninggalkan negara ini.
“Tak pasti pula pihak mana yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkan berita yang tidak sahih itu,” ujarnya sambil mengakui Jabatan Komersial memang wujud di Tesco.
Beliau juga mengesahkan Tesco pada masa ini melakukan penstrukturan semula namun tidak pasti jumlah pekerja yang akan diberhentikan ekoran langkah tersebut.
Menurut mesej itu, penstrukturan organisasi yang dilakukan baru-baru ini adalah dalam peringkat pemantauan untuk melihat sama ada mampu dilaksanakan oleh kakitangan dengan jumlah tenaga kerja yang semakin dikurangkan.
”Sekiranya masih utuh bertahan, setor-setor yang berpotensi akan terus beroperasi sehingga diberitahu notis selanjutnya, manakala setor yang tiada potensi akan dibuka untuk pembidaan kepada pesaing,” dipetik daripada makluman berantai itu.
Ekoran faktor ekonomi Malaysia mutakhir ini yang tidak memberangsangkan selain cukai kerajaan yang semakin meningkat, mengikut makluman itu, Tesco didakwa akan mengikut jejak Pasaraya Carrefour yang meninggalkan Malaysia pada 2012.
“Tesco Store Malaysia mengambil inisiatif VSS (Skim Pemberhentian Sukarela) dan MSS (Skim Pelepasan Sepakat) secara berperingkat bermula dari ibu pejabat pada awal tahun ini dan 23 Ogos lalu di peringkat Cawangan Setor.
“Tesco Store Malaysia yang dahulunya syarikat bersekutu Sime Darby Sdn Bhd sedang berbincang dengan beberapa syarikat peruncitan di negara ini tentang pembidaan jualan Setor-setor Tesco di Malaysia,” dipetik daripada mesej itu.
Kenyataan lima perenggan itu turut menyebut, pembidaan tersebut akan mengikut beberapa kategori setor dengan beberapa setor di Zon Utara telah di jual kepada pembida.
Ujarnya, pembidaan bagi Tesco Express masih lagi dalam perbincangan dengan syarikat kedai runcit 24 jam yang terkemuka di negara ini dan sebuah lagi dari badan korporat peruncit Angkatan Tentera Malaysia iaitu Perwira Niaga Malaysia (Pernama).
Untuk rekod, Pernama merupakan organisasi milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) yang menjalankan aktiviti peruncitan dan kemudahan pembelian barangan elektrik dan elektronik.
Dalam perkembangan berkaitan, Tesco di Britain tahun lalu mengumumkan kerugian paling teruk dalam tempoh 96 tahun penubuhannya dengan kerugian mencecah 6.4 bilion pound (RM34.6 bilion).
Turut dimaklumkan langkah untuk menutup operasi 47 buah cawangan Tesco dan ibu pejabat Tesco di Chesthunt, Hertfordhire yang mengakibatkan ribuan pekerja hilang sumber pencarian selain menolak cadangan bagi pembukaan 43 buah cawangan baharu.
0 comments:
Post a Comment