Monday, 19 September 2016

Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah...Jangan cakap apa-apa, duk diam-diam aje. Wokeh!

Isnin, 19 September 2016



Khairul Anuar MohammadKhairul Anuar Mohammad Ini cakap orang takabur. iblis dahulunya pun alim juga tapi oleh kerana ketakaburan dirinya maka dia telah kafir dan dilaknat Allah SWT.

Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar 
biji sawi dari sifat sombong"

بسم الله الرحمن الرحيم

ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ
Maksudnya : ".... Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong." An-Naĥl(16) : 23

Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah, tegas Salahuddin

Salahuddin berkata Amanah telah berjaya dibuktikan bukan parti serpihan
Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan ditubuhkan jika mahu melutut pada Pas, tegas Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.
"Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja.
"Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan Amanah," ujarnya mengulas dakwaan Presiden Pas, Hadi Awang kononnya Amanah akan melutut mengiktiraf kekuatan Pas.
Mengulas lanjut, Salahuddin menyifatkan Amanah telah berjaya dibuktikan bukan parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa.
"Amanah hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat.
"Bagi saya ucapan itu lahir daripada cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat.
"Harapan untuk lihat Amanah ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) Hamim dan Berjasa itu tidak kesampaian," tambahnya lagi.
Hadi juga dilapor Mingguan Malaysia hari ini menganggap Amanah hanya 'cakap kosong yang tidak berpijak di bumi nyata' berhubung kemasukan ribuan ahli Pas Kelantan untuk menyertai Amanah.
Dalam perkembangan berkaitan, kepimpinan Amanah menyatakan menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong Pas di Kelantan pada Majlis Perisytiharan Keluar Pas dan Masuk Amanah di Salor, Sabtu lalu.
Program Amanah itu pula kebetulan berlangsung serentak dengan Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena