Kalau tak menyamun, bukan Umno namanya....!
Bongkar; Berjuta Wang Rakyat Di Seleweng Dalam Pembelian Torpedo TLDM
Biasanya jika kita hendak membeli sesuatu kita akan pastikan kita memperolehi harga yang terendah bagi sesuatu barangan itu, ini sama sekali berbeza dengan amalan yang dipraktikkan oleh UMNO/BN.
Mereka sering membeli sesuatu product dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran .
Antara contoh yang dibeli oleh mereka dengan harga yang tinggi ialah pembelian Helicopter Sikorsky yang kononnya dilengkapi dengan peralatan yang lebih baik atau spesifikasi yang lebih tinggi, jadi harganya pun lebih tinggi dari yang dibeli oleh Negara lain.
Begitu juga dengan pembelian kereta Perisai yang baru-baru ini terdedah, dibeli dengan harga yang juga jauh lebih tinggi dan lebih tinggi dari 'Stryker' kereta perisai buatan US, alasan mereka kali ini pula ialah pemindahan teknologi..
Kapal selam pula.. tak payah nak cerita la…
Nampaknya membeli sesuatu dengan harga yang jauh lebih mahal dari harga di pasaran seperti sudah menjadi lumrah kepada kerajaan UMNO/BN .
Jadi begitulah juga dengan torpedo ini…
Malaysia Beli Torpedo Lebih Mahal Dari Harga Pasaran?
Dewan Rakyat digesa memanggil usul tergempar membincangkan perolehan dua jenis persenjataan kapal selam Scorpene milik Malaysia.
Ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan telah terlebih bayar dalam pembelian 40 buah peluru berpandu Exocet dan 30 buah torpedo Black Shark.
Dengan merujuk kepada pembayaran yang dibuat kerajaan Pakistan dan Portugal, Tian berkata Malaysia membayar 20 peratus lebih tinggi dari harga pasaran.
Tian menjelaskan Islamabad sekadar membayar 3.07 juta Euro untuk setiap unit peluru berpandu Exocet manakala Portugal memperoleh torpedo Black Shark pada harga 2 juta Euro seunit.
Congakan menunjukkan harga pasaran bagi kedua-dua jenis senjata ini mencecah 182.8 juta Euro, tetapi Kuala Lumpur membeli pada harga 219.265 juta Euro, iaitu 36.465 juta Euro lebih tinggi dari harga pasaran.
0 comments:
Post a Comment