"Rosmah lebih jantan berbanding Najib"
PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor dilihat lebih jantan berbanding suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Fakta itu diukur berdasarkan keberaniannya tampil mengesahkan kewujudan akaun banknya selepas ia didedahkan Sarawak Report.
Fakta itu diukur berdasarkan keberaniannya tampil mengesahkan kewujudan akaun banknya selepas ia didedahkan Sarawak Report.
“Ternyata, dalam keadaan tidak boleh membongkok dan menderita sakit lutut, beliau lebih “jantan” berbanding suaminya untuk mengakui sesuatu kebenaran yang perlu diketahui oleh rakyat dan orang ramai,”tulis bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Katanya lagi, Rosmah melalui peguamnya cepat bertindak membuat penafian berhubung kewujudan akaun tersebut.
Mengulas lanjut mengenai tindakan yang dibuat Rosmah dalam entrinya di shahbudindot.com, Shahbudin membangkitkan beberapa pertanyaan.
“Tetapi, jika dilihat daripada laporan Sarawak Report, mereka juga tidak mengaitkan kemasukan wang RM2 juta itu dengan 1MDB, pemberian sesiapa atau datangnya dari sumber yang tidak sah, sebaliknya hanya mengatakan ada beberapa kali deposit wang yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama “Roslan Sohari” ke dalam akaun bank peribadinya.”
Menyentuh mengenai kenyataan yang dibuat peguam Rosmah, dia mempersoalkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Sarawak Report sama ada akan menyaman atau meminta penjelasan.
Bagaimanapun, langkah yang dibuat Rosmah dilihatnnya lebih ke hadapan berbanding Perdana Menteri masih tidak memberikan sebarang reaksi berhubung dakwaan wujudnya transaksi wang dana 1MDB, sebagaimana yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ).
“Berbeza dengan Najib, berdepan serangan berterusan daripada Wall Street Journal dan Sarawak Report serta desakan ramai yang mahukannya menjawab dengan jujur tentang dakwaan pengaliran wang masuk ke dalam akaun peribadinya yang didakwa berjumlah RM2.6 bilion, beliau bukan saja tidak berani memberi jawapan yang meyakinkan, malah melencong kepada kata-kata, “saya tak ambil wang 1MDB untuk peribadi” dan “saya tidak pernah khianati amanah rakyat” atau yang membawa maksud seumpama dengannya,” tulisnya.
Ketika diasak dengan dakwaan berkenaan, Ahli Parlimen Pekan itu dikatakan cuba mengalih perhatian dengan pendekatan lain termasuk menggunakan pendekatan menyampaikan mesej suci murni dengan bercakap hal-hal berkaitan agama, mengingatkan tentang Lailatul Qadar, berbuat baik, dosa, pahala.
0 comments:
Post a Comment