Saturday, 3 September 2016

GEMPAR! Rupa2nya isteri peguam negara apandi adalah cybertrooper Najib? Khalid Ketua Polis paling teruk, didakwa lindungi perompak negara.

Ahad, 4 September 2016
Otai BERSIH telah menambah 4 foto baru
16 jam
GEMPAR!!!! Rupa2nya isteri peguam negara apandi adalah cybertrooper Najib Razak yg bernama Faridah Begum. Nama fake id beliau adalh 'Marchioness Medusa'. Dh bergerak lama dn beliau juga salah seorang yg menyediakan gadget lappy jp kpd cybertrooper najib di kg2. Patut lh peguam negara blh menari2 dgn pak menteri kah kah kah!!!! Sebarkan!!
tony

Khalid Ketua Polis paling teruk, didakwa lindungi perompak negara

KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER: Tan Sri Khalid Abu Bakar disifatkan sebagai Ketua Polis Negara “yang tidak bertanggungjawab dan yang paling tidak cekap dalam sejarah Malaysia” ekoran sikap acuh tak acuh beliau dalam menangani skandal terbesar melibatkan syarikat bermasalah negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, adalah dangkal apabila Khalid menegaskan bahawa polis tidak masuk campur dalam urusan 1MDB kerana menganggapnya sebagai hanya permainan politik
“Bagaimana Khalid boleh berkata ia hanya hal ‘politik’ apabila rakyat Malaysia meminta beliau menyiasat ‘skandal kewangan terbesar di dunia’ yang telah memperkayakan akaun bank Datuk Seri Najib Razak dengan AS$731 juta atau hampir RM3 bilion berdasarkan kadar pertukaran hari ini?
“Malah, jika ada yang terlibat dalam ‘politik’ (seperti yang dimaksudkan Khalid), ia adalah Ketua Polis Negara sendiri, yang jelas bertindak untuk melindungi Perdana Menteri yang telah disabitkan dengan pencurian terbesar dan menyokong parti pemerintah Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Khalid telah mengecewakan seluruh rakyat Malaysia kerana gagal untuk bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap semua penjenayah, tanpa mengira status dan kedudukan mereka.
Najib Razak dirujuk sebagai “Malaysia Official 1” (MO1) sebanyak 36 kali dalam saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dipercayai diseleweng dari dana 1MDB.
Identiti MO1 disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam wawancara dengan media penyiaran antarabangsa, BBC baru-baru ini.
Bagaimanapun, Khalid dilaporkan media seoalah-olah berkata saman sivil itu tidak serius justeru tidak perlu campur tangan pihak berkuasa Malaysia dalam hal terbabit.
Tony Pua berkata, dokumen saman yang dikemukakan DOJ itu meskipun bersifat sivil, namun mengandungi tuduhan jenayah berkaitan individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah tersebut.
“Mengapa polis tidak berminat dalam menyiasat hakikat bahawa lebih daripada AS$4 bilion telah disalahgunakan oleh 1MDB dan hakikat bahawa AS$731 juta telah dimasukkan ke poket Perdana Menteri?” soalnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena