Wednesday 2 November 2016

[Video] Melabur atau Melebur? Duit SRC Dipinjam Daripada DANA PENCEN (KWAP) RM4 bilion 'sangkut' di bank BSI, kata menteri

Rabu, 2 November 2016
Image result for Gambar KWAP
KWSP dan KWAP labur lebih RM3 bilion keatas 1MDB, anak syarikat - Kementerian Kewangan [gambar fail]


Wang pelaburan syarikat Kementerian Kewangan SRC International tidak dapat dikeluarkan dari Bank BSI selepas bank Switzerland itu berdepan siasatan berkaitan 1MDB, kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.
“Kebanyakan wangnya yang dilabur, mereka letak di Bank BSI.
“Oleh kerana Bank BSI sedang disiasat, saya diberitahu oleh pengurusan SRC bahawa wang itu berada di BSI Bank tetapi dibeku dan oleh itu mereka tidak dapat ambil balik.
“Tetapi saya tidak dapat beri kamu perincian lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama dalam Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

WANG SRC DIPINJAM DARI DANA PENCEN 'SANGKUT' DI BANK BSI, KATA MENTERI
Wang pelaburan syarikat Kementerian Kewangan SRC International tidak dapat dikeluarkan dari Bank BSI selepas bank Switzerland itu berdepan siasatan berkaitan 1MDB, kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.
“Kebanyakan wangnya yang dilabur, mereka letak di Bank BSI.
“Oleh kerana Bank BSI sedang disiasat, saya diberitahu oleh pengurusan SRC bahawa wang itu berada di BSI Bank tetapi dibeku dan oleh itu mereka tidak dapat ambil balik.
“Tetapi saya tidak dapat beri kamu perincian lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama dalam Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas soalan berkaitan rancangan SRC untuk membayar faedah tahunan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
SRC meminjam RM4 bilion daripada tabung itu.
Johari berkata mereka mempunyai rancangan untuk membayar faedah itu tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut.
SRC RM164 juta membayar faedah tahunan kepada KWAP tetapi jumlah itu dianggarkan akan meningkat kepada RM660 juga tahun depan, untuk melangsaikan pinjaman pokok.
BSI setakat ini berdepan prosiding jenayah, antaranya susulan kegagalan mematuhi peraturan antipengubahan wang haram dalam menguruskan transaksi berkaitan 1MDB.
Ia disiasat oleh pihak berkuasa Singapura dan Switzerland.
Mei lalu, Singapura juga mengarahkan BSI di kota itu ditutup.
Pihak berkuasa Switzerland, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) juga mengarahkan tindakan sama, dengan meluluskan pengambilalihan penuh BSI oleh EFG International.
Ini dilakukan dengan syarat BSI dibubarkan dalam tempoh 12 bulan melalui penyerapan dalam EFG International. – Malaysiakini

 MALAYSIAN REVIEW 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena