Thursday, 23 February 2017

[Video LGE mengeluh ke istana dengan kereta 'cabuk'] 'Sultan S'ngor dah murka', AWAK KAT MANA Noh! Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar

Khamis, 23 Februari 2017


Foto Suara Rakyat.
FAKTA..
Kalau Tak Menipu Bukan Jamal & Umno Namanya..

SHAH ALAM, 15 FEB : Ketua Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos didakwa memperdaya 15 pemandu van jenazah pada demonstrasi di hadapan kompleks Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Menurut sumber kepada SelangorKini, mereka dimaklumkan pihak Jamal kononnya satu sesi pengambaran (shooting) dibuat di SUK tanpa didedahkan sebarang butiran lanjut mengenainya.

#VanJenazahTakAda
#VanJenazahPergiDemo
#KenaTipuRM300 atau pura2 buat tak tahu...
Image result for Noh puji jamal
Foto Suara Rakyat.
Bila lagak bodoh UMNO Jamal tergamak perguna, persenda berkaitan agama termasuklah kepenggunaan van jenazah utk kelangsungan 'survival' politikus Umno.

ADAKAH INI CARANYA NAK RAMPAS SELANGOR ??!!

Sultan S'ngor dah murka, AWAK KAT MANA Noh Omar. Bela sangat tindak tanduk Jamal itu, KENAPA JADI BISU SEKARANG INI !!

Yang bawa van jenazah itu CINA-DAP ka !!!

Sultan Selangor tidak berkenan van jenazah disalahguna


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan kenderaan jenazah di negeri itu disalah guna bagi tujuan lain selain urusan asal untuk mengendalikan jenazah.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani dalam kenyataan hari ini berkata, sehubungan itu anggota jawatankuasa kariah atau jawatankuasa masjid seluruh Selangor diminta supaya menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan masing-masing dan tidak menyalahgunakan kenderaan itu.
"Baginda tidak berkenan kenderaan jenazah tersebut disalah guna selain daripada urusan membawa jenazah seperti disewa untuk membuat demonstrasi atau kegunaan lain yang tiada kena mengena dengan urusan pengendali jenazah.
"Perbuatan tersebut hanya akan memperlihatkan bahawa umat Islam mempersendakan penggunaan kenderaan jenazah yang tidak sepatutnya dilakukan," katanya.
Mohd Munir berkata pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah di Selangor hendaklah mengambil maklum dan mematuhi titah baginda itu.

Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar

Bendera Pas dan Umno dipasang sepanjang laluan dari kapal ke bangunan terminal di Bousted Cruise Centre, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, Perlabuhan Klang.
Bendera Pas dan Umno dipasang sepanjang laluan dari kapal ke bangunan terminal di Bousted Cruise Centre, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, Perlabuhan Klang.
Walaupun 28 NGO yang menyertai kapal  'Food flotilla for Myanmar' sampai pagi ini, namun yang mendapat tempat adalah bendera Umno dan Pas.
Bendera kedua-dua parti itu berselang seli di pasang bersama bendera Malaysia sepanjang laluan dari kapal Nautical Aliya ke bangunan terminal bagi menyambut kepulangan flotilla yang menghantar bantuan makanan dan lain-lain keperluan kepada mangsa kekejaman Myanmar terhadap Rohingya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamudin Hussain memberikan ucapan mengalu-alukan kepulangan mereka.
Selain Hishamuddin, turut menyambut mereka adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Menteri Perladangan, Industri dan Komoditi Malaysia, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Turut berucap di majlis itu adalah Cikgu Haji Mohd Azmi B. Abdul Hamid, Presiden MAPIM dan juga Datuk Seri Panglima Abdul Azeez B. Abdul Rahim selaku Ketua Misi.
Sijil 'Malaysia Book of Record' sebagai 'Biggest Humanitarian Aid Donated for One Nation' turut disampaikan misi ini.
Kapal Nautical Aliya berlepas keluar dari Pelabuhan Klang pada 3 Februari lalu membawa 2,300 tan makanan dan barang keperluan untuk etnik Rohingya di Myanmar dan pelarian Rohingya di Bangladesh.
Ia berlabuh di pelabuhan Yangon pada 9 Februari dan menurunkan sebahagian daripada barang bantuan itu dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke pelabuhan Chittagong pada 14 Februari untuk menurunkan keseluruhan barang bantuan itu di sana.
Bantuan di Bangladesh itu adalah untuk diagihkan di tiga kem pelarian di Kutupalong, Cox's Bazar dan Teknaf dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM).
Logo NGO Turki dipadamkan dari banner selepas mereka menarik diri kerana tidak puas hati selepas ia dihijack oleh parti politik.
Logo NGO Turki dipadamkan dari banner selepas mereka menarik diri kerana tidak puas hati selepas ia dihijack oleh parti politik.
Misi anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia  (MAPIM) itu merangkumi wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia dan negara luar, pasukan perubatan, tenaga pengajar dan wartawan.
Sebuah NGO dari Turki, Turkiye Diyanet Vakfi menarik diri dari misi ini kerana tidak berpuashati dengan tindakan Umno yang 'merampas' program ini.
Sehubungan dengan itu, NGO yang sepatutnya menjadi penganjur utama projek ini kini menuntut balik wang sebanyak hampir USD500,000 (kira-kira RM2.2 juta) yang mereka sumbangkan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena