Sunday, 19 February 2017

[Video SS Dato Dr Asri: RUU 355 Bukan Menolak tapi SEMAK SEMULA & NAJIB, JEMPUTLAH HADI JADI TETAMU PAU!

Ahad, 19 Februari 2017

NAJIB, JEMPUTLAH HADI AWANG JADI TETAMU PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!

Ikatan kemesraan antara UMNO dan Pas yang menghadapi pelbagai cemuhan, turut dirapatkan lagi dengan persetujuan kerajaan memberi lampu hijau kepada Hadi Awang membawa  usul Akta 355 bagi tujuan memperkasa kuasa Mahkamah Syariah.

Meskipun usul tersebut sudah dibaca sebanyak dua kali, ia tetap ditangguhkan jua akhirnya. Tetapi, usul itu nyata telah merapatkan lagi hubungan antara mereka.
Dengan itu, bibit-bibit ke arah "perkahwinan" antara UMNO dengan Pas, sama ada secara "sembunyi-sembunyi" atau "terbuka rasmi", nampaknya sukar untuk dielakkan lagi.

Terutama bagi Najib dan UMNO, mereka terlihat ingin benar menunjukkan kepada umum dan jika boleh, mahu mengadakan "kenduri besar-besaran" mengenai "perkahwinan" dengan Pas itu.

Jika pada majlis Multaqa Ulama yang lalu, Najib dan Hadi berpakaian sedondon merah jambu.
Ramai kawan-kawan dalam UMNO, termasuk yang pernah menjadi Ketua Bahagian, Ahli Parlimen dan menteri, mencadangkan adalah amat molek jika Najib menjemput Hadi Awang untuk hadir sebagai tetamu rasmi Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Kata mereka, dengan kehadiran Hadi Awang ke Perhimpunan Agung UMNO itu nanti, perhimpunan raksasa Rohingya sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO pasti lebih meriah jadinya.

Dalam masa yang sama, dengan hadirnya Hadi Awang juga,  nama Najib sudah tentu akan melonjak sebagai lambang penyatuan Melayu, di sebalik isu 1MDB dan kemasukan wang beribu-ribu juta ke dalam akaun peribadinya.

Dengan kedudukan Hadi sebagai ulama besar dan seterusnya pemimpin nombor dua Kesatuan Ulama Sedunia, kehadiran beliau secara tidak langsung akan turut membersih dan menyucikan lagi Najib daripada segala kekotoran skandal yang pernah terpalit kepadanya.

Bersama dengan kenyataan Peguam Negara yang sudah membersihkan Najib dari sudut perundangan sebelum ini, sudinya Hadi Awang hadir,  jelas kawan-kawan dalam UMNO itu lagi, bukan setakat mampu membersih dan menyucikan, bahkan juga mewangi serta mengharumkan lagi nama Perdana Menteri.

Maka, saran mereka kepada Najib, jangan lepaskan peluang membawa Hadi Awang ke Perhimpunan Agung kali ini. (SH 28/11/2016).

Posted by 

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Ass.. Salam kenal dan salam sejahtera bagi temen smua.. Jgn mudah prcaya dari komentar orang, jujur sye nak udah kena tipu 2kli pada orang yg tak sye kenal. Baru kali ini sye merasakan kemenangan dlam pusingan nombor 6D kedai TOTO. Bila anda nak btuh nombor 4D/6D untuk kedai SPORT TOTO, MAGNUM, KL, sila nak waps +6282346667564 / 082346667564 atas nme ABAH WIRANG..


Salam anak rantau..
Johor dan sekitarNy


Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena