Saturday, 11 February 2017

[Video] UMNO AKAN KIAMAT! Kawan Karib Najib PECAH RAHSIA...MARUAH Ringgit kita di bawah Thailand & Philippines? PM baru nanti masih tetap lagi Melayu.

Sabtu, 11 Februari 2017


Foto Otai BERSIH.
Islam Hadhari...
Islam Wasatiyah...
Adakah Ringgit Malaysia kini tiada nilai di Jepun? Itulah yang menjadi tanda-tanya apabila salah seorang rakyat Malaysia yang dikenali dengan nama Salman Rozi berkongsikan pengalamannya ketika melancong ke Jepun baru-baru ini.
Pak Rabbani Akashah
Pak Rabbani Akashah *SAJA NAK BAGI TAU* , kalau BN/UMNO kalah dalam PRU14 akan datang ini, 

IInsyaAllah;
🔴     Perdana Menteri baru nanti masih tetap lagi Melayu.

🔴     Agama Islam masih lagi tetap agama rasmi Malaysia.

🔴     Bahasa Kebangsaan masih tetap lagi Bahasa Melayu.

🔴                 Raja-Raja Melayu masih lagi tetap bersemayam di singgahsana.

*BERSATU demi PPBM*

Melayu tak akan hilang keistimewaan jika Pakatan Harapan memerintah

Ustaz Hasanuddin dalam program Bicara Rakyat di Kuala Kedah malam tadi
Ustaz Hasanuddin dalam program Bicara Rakyat di Kuala Kedah malam tadi
Amanah bersama-sama Pakatan Harapan tetap mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan memperjuangkan hak kaum lain jika berjaya memerintah negara.
Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, dakwaan Umno-BN bahawa sekiranya Pakatan Harapan memerintah, hak istimewa dan kepentingan Melayu akan terhakis adalah suatu pembohongan.
Sebaliknya tegas beliau, Pakatan Harapan akan menjadikan Perlembagaan Malaysia sebagai rujukan bagi memastikan tiada mana-mana kaum dipinggirkan.
"Selain menjaga kepentingan orang Melayu, Pakatan Harapan akan memastikan nasib bangsa lain termasuklah kebajikan mereka juga akan diperjuangkan.
"Kita tidak mahu adanya pemimpin yang menjadikan pembohongan sebagai teras perjuangan mereka.
"Ini terbukti ketika ini apabila BN memimpin, banyak penipuan yang menjadi amalan mereka sehinggakan rakyat terkesan dengan merudumnya nilai ringgit, meningkatnya kos sara hidup dan cukai melampau terhadap rakyat miskin," katanya dalam program Bicara Rakyat di Kuala Kedah malam tadi.
Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno sering berdolak-dalik dalam banyak perkara melibatkan ketirisan dana negara seperti 1MDB, RM2.6 bilion serta pelbagai lagi angkara.
Sehubungan itu jelasnya, kerosakan demi kerosakan mulai bercambah sehinggakan kezaliman yang begitu ketara sanggup dipertahankan pula oleh segelintir parti pembangkang.
"Lebih dikesalkan apabila adanya ulamak yang rosak setelah mereka bersekongkol dengan kerajaan yang mengamalkan kezaliman.
"Ulamak sebegini adalah ulamak yang rosak kerana mengejar harta kekayaan negara dan tidak menentang kezaliman di hadapan mata.
"Pakatan Harapan pula berjuang untuk menurunkan Umno-BN serta ingin mengambil alih pemerintahan Putrajaya bagi membawa perubahan dengan membela nasib rakyat, " ujarnya lagi.
Rentetan itu katanya, bagi memastikan kemenangan tercapai dalam pilihan raya umum yang akan datang, Pakatan Harapan bukan sahaja akan diwakili oleh Amanah, PKR dan DAP, bahkan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bersama-sama pada bila-bila masa sahaja.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahahthir Mohamad dan Pengerusi PKR Negeri Kedah, Dr Azman Ismail.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena