Saturday, 18 February 2017

[Video Ustaz Che Ibrahim: RUU 355, Tiada Penjelasan Terperinci dpd TG Hadi] RUU355 patutnya dititah, bukan dari MP Marang & Himpunan RUU 355 salah guna jentera kerajaan negeri Kelantan

Ahad, 19 Februari 2017


Himpunan RUU 355 salah guna jentera kerajaan negeri Kelantan

Himpunan bermotif politik parti di ibu negara semalam terbukti menyalahgunakan jentera kerajaan negeri Kelantan. Tinjauan Malaysia Dateline di sekitar ibu negara mendapati sebuah bas Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan diparkir di bahu jalan tidak jauh dari pusat beli-belah Sogo.
Dipercayai mengangkut peserta himpunan bertemakan warna ungu itu, penemuan bas di Jalan Tuanku Abdul Rahman menimbulkan persoalan tentang kaitan kerajaan negeri Kelantan dengan program anjuran Pas terbabit.
Hal ini memandangkan pindaan Akta 355 bukan agenda kerajaan negeri Kelantan sebaliknya hanya agenda peribadi Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas.
Tindakan yang dilihat menyalahgunakan wang rakyat itu menyamai apa dilakukan Umno-BN selama ini dengan paling menonjol melalui Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Biro Tatanegara (BTN).
Selain itu, Malaysia Dateline juga menemui poster dikeluarkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yang terpampang ungkapan "Kami Sokong RUU 355" berserta tulisan jawi bagi 'kami sokong'.
Diikuti #supportRUU355, poster itu bagaimanapun dijadikan alas duduk petang semalam oleh beberapa peserta yang ingin mengikuti siri ceramah tanpa henti dari pentas di tengah Padang Merbok itu.
Bukti kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan dana yang bukan sedikit untuk himpunan usul Hadi
Bukti kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan dana yang bukan sedikit untuk himpunan usul Hadi

RUU355 patutnya dititah, bukan dari MP Marang

Subky Latif

MEMPERKASA perundangan Islam termasuk menaik taraf mahkamah syariah adalah kewajipan dan kepentingan sekalian umat Islam, baik dari Istana yang menjadi ketua agama wahyu itu dan sekalian umat yang megucap dua kalimah syahadat.
     
Selagi  syahadah sekalian tidak batal, maka tanggungjawab masing-masinglah memartabatkan peraturan syariat itu. Jika sekalian tidak mengabaikan obligasi itu nescaya RUU355 yang berada di Parlimen sekarang tiada perdebatan dan prasangka buruk dalam kalangan masyrakat.
      
Justeru, generasi pertama kemerdekaan tidak peka atas perkara itu, maka menjelang perbahasan usul persendirian MP Marang di Parlimen, baru diadakan wacana membincangkan betapa perlu hal-hal berkaitan agama Islam mesti dirujuk kepada Istana sebagai kedudukannya ketua agama.
     
Kewajaran Istana atas Islam itu memang demikianlah, supaya Istana itu tidak dilihat sebagai institusi peduli pada tarikh satu Ramadan dan satu Syawal saja. Ia mestilah berdaulat dan dilihat berdaulat.

KDL

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena