Thursday, 9 March 2017

[Video SPRM rampas 150 beg tangan mewah! Ikut PERANGAI Siapa?] EXCO Johor (ADUN Umno/BN) ditahan SPRM! ITU BARU EXCO, BELUM LAGI MENTERI...Pakatan bantah loji tenaga nuklear kerana ‘tidak berbaloi’

Khamis, 9 Mac 2017
Foto Suara Rakyat.
TU DIA.. Sejumlah 150 beg tangan mewah antara barangan yang dirampas oleh SPRM dalam satu serbuan di rumah Exco Johor, Datuk Abdul Latif Bandi.

ITU BARU RUMAH EXCO.. BELUM LAGI ISTANA KAYANGAN DI 'PUTAR JAYA' !!
Foto Suara Rakyat.
Siapa sangka bila Najib urus tadbir negara kehidupan rakyat semakin terbela dgn kenaikan kos sara hidup yag tinggi, pengangguran makin bertambah, banyak subsidi rakyat dihapuskan, pelajar terpaksa berhutang PTPTN utk belajar, puok2 pemimpin AMENO bertambah kaya terpalit rasuah berjuta2 ringgit, dapat 'derma 2.6 bilion', aset2 negara tergadai..

DAN PEMAKAN DEDAK MASIH SOKONG AMENO KEPARAT..
Foto Suara Rakyat.


Exco kerajaan BN negeri.. terpalit skandal rasuah hartanah

Ketua Pemuda Umno Bahagian.. kes tipu Rumah Mampu Milik Johor

Rampasan kes rasuah Exco Johor:
21 kereta mewah
5 motosikal kuasa tinggi
45 akaun bank RM15.5 juta
Tunai RM500,000

ITU BARU EXCO, BELUM LAGI MENTERI...

BERAPA JAM, HARI, MINGGU, BULAN... berita skandal rasuah yg babitkan UMNO akan diulang tayang di TV3suku itu nanti !!

pakatan_loji_nuklear_6

Pakatan bantah loji tenaga nuklear kerana ‘tidak berbaloi’

 | March 9, 2017

Ia berkata reputasi kerajaan dalam projek mega menunjukkan Malaysia belum bersedia.

PETALING JAYA: PKR, DAP dan Amanah hari ini mempertikaikan kemampuan menyelia infrastruktur loji nuklear, dengan mengingatkan kerajaan beberapa binaan mega direndung kelemahan.
“Tambahan pula, reputasi kerajaan Umno-BN berdasarkan rekod pembinaan projek-projek mega/besar di negara kurang memuaskan, seumpama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu runtuh pada 2013,” menurut kenyataan bersama dikeluarkan 3 parti Pakatan Harapan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri baru-baru ini berkata laporan Kajian Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) Misi Fasa 1 oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), mendapati Malaysia sudah bersedia sepenuhnya membangunkan tenaga nuklear.
Nancy berkata Malaysia bakal membuat keputusan sama ada menggunakan tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin bertambah.
Bagaimanapun, Pakatan Harapan memberi amaran kos dan risiko kemudahan nuklear terlalu besar, tidak berbaloi dan juga ketinggalan zaman.
Menurutnya, bekas menteri tenaga, teknologi hijau dan air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pernah memberitahu Dewan Rakyat, kos mendapatkan bekalan elektrik dari empangan Bakun di Sarawak lebih rendah daripada sumber loji janakuasa gas dan arang batu, “serta pastinya lebih murah daripada penjana nuklear”.
“Negara luar seperti Jerman juga sudah melupakan cadangan sedemikian selepas tragedi nuklear Fukushima, sebaliknya beralih kepada tenaga kincir angin,” kata kenyataan oleh Fuziah Salleh, Dr Dzulkefly Ahmad dan Charles Santiago.
Mereka turut mengingatkan Malaysia mengenai insiden loji nuklear Fukushima ketika gempa bumi melanda Jepun.
“Sekalipun Malaysia tidak tergolong dalam negara di garis gempa bumi tetapi kajian menunjukkan garisan itu sudah berubah sejak kejadian gempa di Gunung Kinabalu, Sabah.”
Sebaliknya, Pakatan berkata Malaysia perlu menggiatkan penyelidikan tenaga hijau dan tenaga boleh baharu (TBB), termasuk tenaga solar, tenaga ombak dan teknologi biomass.
“Ini kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan mudah dengan jumlah yang banyak, boleh diperbaharui dan mampu menjana tenaga elektrik. Secara tidak langsung, ia juga boleh mengurangkan masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia,” kata kenyataan itu.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena