Friday 10 March 2017

[Video] Cawangan Tertua Tumpat Pas Kg Laut 'ke laut'?(terbubar)! Mahasiswa PH desak Idris Jusuh dedah jumlah sebenar pensyarah diberhentikan.

Sabtu, 11 Mac 2017

Cawangan PAS kawasan AHMAD YAKOB dibubar dan diganti dengan cawangan AMANAH

Ahmad Yakob malu besar di Kg Laut 

Sekiranya Ahmad Yakob tidak mengamalkan "sunnah" politik Najib Razak, politik tidak bermaruah dan tidak ada air muka, serta jika beliau berpegang kepada saksiah Islam yang dilaung-laungkan pasti apa yang berlaku di Kampung Laut, Kelantan malam tadi sudah cukup untuk beliau berfikir banyak kali dan mengambil keputusan berihat dari berpolitik.

Pembubaran cawangan Pas yang berusia lebih 60 tahun itu memberi pukulan maut kepada Ahmad bukan sahaja untuknya secara peribadi tetapi kepada seluruh Pas Kelantan. Pembubaran itu menggambarkan Ahmad tidak popular. 
KDL  
*disunting.

Mahasiswa PH desak Idris Jusuh dedah jumlah sebenar pensyarah diberhentikan

MALAYSIA DATELINE
Mahasiswa Pakatan Harapan
Mahasiswa Pakatan Harapan
Datuk Seri Idris Jusuh digesa menjelaskan jumlah sebenar pemberhentian perkhidmatan disebabkan potongan Bajet 2017oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terhadap 2,000 pensyarah dan profesor di beberapa universti awam negara.
Mahasiswa Pakatan Harapan yang merangkumi Mahasiswa Keadilan Malaysia, Mahasiswa Amanah, dan DAP Varsity dalam satu kenyataan mengecam sikap KPT yang seolah-olah berbangga menyatakan bahawa hanya 2,000 pensyarah yang telah diberhentikan dan bukanlah 6,000 seperti yang didakwa oleh Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin.
Awal minggu ini,negara dikejutkan dengan satu pendedahan yang dibuat di dalam surat khabar Berita Harian. Kongres Persatuan Akademik Malaysia dalam satu temu bual bersama Berita Harian mendedahkan bahawa 6,000 orang pensyarah telah dihentikan perkhidmatan disebabkan pemotongan bajet pendidikan tinggi dalam Bajet 2017 yang diumumkan oleh keajaan.
Justeru itu, Mahasiswa Pakatan Harapan yang merangkumi Mahasiswa Keadilan Malaysia, Mahasiswa AMANAH, dan DAP Varsity ingin menzahirkan kekecewaan kami terhadap pendedahan yang dibuat sekaligus mengesahkan bahawasanya Universiti Awam (UA) benar-benar terjejas teruk akibat pemotongan bajet ini!
"Apa yang lebih kami kesali di peringkat Mahasiswa Pakatan Harapan ialah respon Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menangani isu ini. Sebaik sahaja pendedahan ini dibuat, satu kenyataan balas telah dikeluarkan oleh pihak KPT. Kami dengan ini mengecam sikap KPT yang seolah-olah berbangga menyatakan bahawa HANYA 2,000 pensyarah yang telah diberhentikan dan bukanlah 6,000 seperti yang didakwa oleh Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin mendedahkan  sejumlah 6,000 pensyarah telah ditamatkan kontrak dan diberhentikan. Bagaimanapun KPT dalam kenyataan balas oleh Idris menjelaskan ia hanya membabitkan 2,000 orang sahaja.
“Mahasiswa Pakatan Harapan ingin mengingatkan KPT dan Kerajaan Malaysia secara umumnya bahawa kehilangan 2,000 posisi pekerjaan adalah suatu jumlah yang amat besar, yang mana ianya lebih kurang 1/3 dari jumlah posisi pekerjaan yang telah dimansuhkan ketika krisis kewangan Malaysia Airlines pada bulan Jun 2015 yang lalu. Hal ini hakikatnya telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
“Jika pemberhentian perkhidmatan 2,000 pensyarah ini dianggap sebagai suatu perkara yang amat kecil bagi KPT, Mahasiswa Pakatan Harapan dengan ini mendesak Datuk Seri Idris Jusuh sebagai Menteri untuk mendedahkan dengan segera kepada rakyat secara umumnya dan mahasiswa secara khasnya jumlah sebenar pensyarah yang telah diberhentikan dari tahun 2014 hingga awal tahun 2017,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan menyebut pendedahan tersebut harus merangkumi angka-angka peratusan punca kepada berlakunya perkara ini bukan sekadar menyatakan jumlah 2,000 ini termasuklah para pensyarah yang pencen, tidak mencapai KPI dan dihentikan perkhidmatan.
Jawapan yang diberikan oleh pihak KPT dalam kenyataan sebelum ini , dakwa Mahasiswa Pakatan Harapan seolah-olah melepaskan batuk di tangga.
Hal ini adalah fundamental dan penting kerana kepelbagaian punca kepada pemberhentian 2,000 pensyarah yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi gagal diakses dan diperiksa dengan lebih teliti oleh mahasiswa dan masyarakat umum oleh kerana impotensi Kerajaan dalam menyediakan maklumat-maklumat terperinci berkenaan dengan perkara tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena