Wednesday, 29 March 2017

[Video NAJIB KENCIN! Ambo Saye (sayang) Kelate] Ayuh! TOLAK Menteri UmnoBN yg telah MENGHINA institusi perguruan negara & Kamu JANGAN BUAT KAKITANGAN AWAM seperti HAMBA!

Khamis, 30 Mac 2017

Foto Parti Amanah Negara.

AYUH! MULIAKAN GURU - TOLAK MEREKA YANG CUBA MENAKUT-NAKUTKAN GURU
Kemuliaan seorang guru sangat tinggi.
Sehingga Tuhan sendiri mengambil berat perihal guru dan para pendidik serta memberi ganjaran besar kepada mereka.

Semua makhluk di dunia turut mendoakan para guru. Malaikat-malaikat dan haiwan di darat dan di laut/sungai, tasik dan lopak akan sentiasa mendoakan guru.

Dalam dunia ni, Menteri UMNO sahaja yang berani mengugut para guru?
إنَّ اللهَ و ملائكتَه ، حتى النملةَ في جُحْرِها ، و حتى الحوتَ في البحرِ ، لَيُصلُّون على مُعَلِّمِ الناسِ الخيرَ
“Sesungguhnya Allah, Malaikat-malaikat-Nya, penghuni langit dan penghuni bumi, hingga semut dalam lubangnya dan ikan dalam lautan, mendo’akan para pendidik manusia kepada kebaikan“
Parti AMANAH Negara sentiasa memuliakan para guru. Kami memperjuangkan kebebasan guru memanfaatkan aqal dan ilmu mereka untuk membina masa hadapan negara.
Semuanya itu akan selari dengan pendekatanan MAQASID SYARIAH yang Parti AMANAH Negara perjuangkan bersama-sama teman-teman PAKATAN HARAPAN.
HASANUDDIN MOHD Yunus
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara
Rabu 1 Rajab 1438H
29 Mac 2017
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.
JANGAN LAYAN KAKITANGAN AWAM SEPERTI HAMBA
1. Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsah (TSAH) tidak perlu bertindak keterlaluan terhadap kakitangan awam yang mungkin berbeza pandangan dengan pegangan politik beliau dan kerajaan yang memerintah hari ini. Kakitangan awam juga berhak memberikan pandangan mereka seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dalam mengamalkan hak kebebasan bersuara.
2. Paling ketara apabila beliau mutakhir ini gemar mengeluarkan kenyataan seperti orang politik yang berbau ugutan terhadap kakitangan awam supaya jangan seperti kacang lupakan kulit. Tindakan ini adalah satu penghinaan yang tidak sepatutnya kepada penjawat awam yang telah memberikan jasa besar kepada negara.
3. Adalah perkara biasa bagi penjawat awam di mana-mana negara dunia ini diberi kebebasan melontar pandangan terhadap sesuatu isu yang telah menjejaskan kepentingan awam seperti 1MDB, MO1 dan penyelewengan dana awam seperti Tabung Haji, KWSP dan seumpamanya.
4. Jangan layan penjawat awam kita seperti hamba. Kakitangan awam berhak menyuarakan pandangan mereka selagi mana mereka patuh dan memberikan komitmen yang tinggi kepada tugas dan tanggungjawab mereka kepada negara.
5. TSAH sepatutnya bekerja lebih masa dan fokus untuk bertindak lebih tegas terhadap isu-isu penyelewangan, salah guna kuasa dan budaya rasuah yang sedang membarah dalam perkhidmatan awam negara.
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
29 Mac 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena