Tuesday, 7 March 2017

[Video] RUU 355 tiada dalam senarai pembentangan? Ditangguhkan lagi? Bolehlah terus 'mengkafirkan' sesama Islam sampai PRU14 nanti? & Apakah rancangan 'MEREKA' yang sebenarnya?

Selasa, 7 Mac 2017
Foto Suara Rakyat.
Apa khabar #RUU355 ??.. nampaknya ditangguhkan lagi dari tahun ke tahun.. boleh terus mengkafirkan sesama Islam sampai PRU14 nanti..
Apa rancangan 'MEREKA' yang sebenar..?? KUASA, PENGARUH & jumlah MP sudah cukup untuk meluluskan Usul RUU 355 TETAPI kenapa ditangguhkan lagi..??
NAMPAK TAK !!!
Alhamdulillah, SEKALI LAGI Usul Hadi Tersenarai Dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat wpon tersenarai sebagai perkara ketujuh dalam aturan urusan mesyuarat kali ini.

Kami di SR menyokong sangat2 usul tersebut dibentangkan ke dalam dewan, BUKANNYA HANYA SEMATA2 tersenarai pada kertas dalam aturan urusan mesyuarat shj.

Usul tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat tidak menjanjikan ia 'AKAN' dibentangkan sebagaimana ia telah berlaku pada tahun lepas..
INGAT TAK SEBELUM INI, belajar dari sejarah. Sejarah Tak Pernah Menipu.

RUU 355 tiada dalam senarai pembentangan?

RUU 355
Usul rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) tidak akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat penggal kelima ini.
Hanya empat RUU dibentangkan pada sidang sehingga 6 April depan seperti disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said semalam.
Antara RUU yang akan melalui bacaan kedua dan ketiga adalah RUU Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016; RUU Kebankrapan (Pindaan) 2016; RUU Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016; dan RUU Setem (Pindaan) 2016.
Semalam, Naib Presiden Pas Idris Ahmad yang juga adalah ahli Parlimen Bukit Gantang berharap RUU itu dibentangkan kali ini.
"Kita harap ia akan dibentangkan. Itu kita harap. Kita harap juga kerajaan terutamanya, ada inisiatif dan keberanian supaya membenarkan RUU dibentangkan," katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Usul pindaan Akta 355 yang dibuat Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi pada 26 Mei tahun lalu belum sempat dibentang atau dibahaskan ekoran kerap kali bertukar nombor giliran termasuk ditangguhkan sendiri sebanyak dua kali atas permohonan Presiden Pas itu.
Selepas ditangguhkan pada 26 Mei dan 24 November, Pas mengerahkan ahli dan penyokongnya hadir ke program ceramah menyokong RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu.
Turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, beliau dalam ucapannya di hadapan peserta himpunan berbaju ungu itu memberitahu kehadirannya di himpunan itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Penampilan pemimpin Umno sepadang dengan pimpinan Pas itu lanjutan daripada aksi kedua-dua parti berkenaan sekapal dalam misi bantuan ke Myanmar pada 3 Februari lalu.
Terdahulu, Abdul Hadi juga sepentas dengan Najib yang juga Presiden Umno pada himpunan atas nama kepentingan etnik Rohingya di Stadium Titiwangsa di ibu negara, 4 Disember tahun lalu serta berpakaian sedondon dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, 18 Disember 2015.





  • Itu lah jadi nya bila para LEBAI(malang PAS) begitu mempercayai UMNO. Aneh nya setelah beberapa kali di bohonggi masih tak serik. Wahai para lebai PAS, berapa kali lagi kamu hendak di patuk dari lubang yang sama?
    Sebelum ini bukan main lagi gah dengan mengada kan perhimpunan baju jingga di padang merbok, tanpa mereka duga bahawa merbok turut mentertawakan mereka dan menuduh sesiapa yang tidak menyokong RUU 355 akan jatuh kafir dan sebagainya. Ada pula yang sanggup menyekeh kepala seorang Mufti. Kini kepala siapa yang kena sekeh?





      • Avatar





        Hari tu tuduh mufti perlis pening.
        Sikit lagi dia akan tuduh jamil khir pening.
        Lepas tu dia sendiri akan kata yg dia pening.
        Semuanya gara2 ruu355 hadi

      0 comments:

      Post a Comment

      Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
      SILA LAYARI
      Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
      PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

      Popular Posts

      © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

      Designed by ScreenWritersArena