Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir (baju putih) bersama barisan kepimpinan Amanah Batu dalam sidang media berkaitan penganjuran seminar pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
AMANAH dakwa PAS sudah lupakan Nik Aziz
Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengumumkan akan menganjurkan seminar pemikiran ikon legenda PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Walaupun berlainan parti, Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir berkata legasi Nik Aziz – bekas menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS – harus diteruskan.
“Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bukan sahaja seorang tokoh politik, tetapi juga ikon dalam perjuangan untuk menyejahterakan negara,” kata Anuar.
Dalam sidang media hari ini, Anuar berkata Nik Aziz terbukti seorang pentadbir yang cemerlang apabila membangunkan Kelantan dengan slogan “Membangun Bersama Islam” lebih dua dekad.
Katanya, perkara itu bukan mudah, terutama apabila berdepan tekanan segenap sudut, termasuk oleh kerajaan persekutuan.
Dalam hal pentadbiran juga, kata Anuar, Nik Aziz memastikan pentadbirannya berjimat cermat, mencegah sikap boros, selain mengguna pakai pendekatan yang sesuai dengan masyarakat majmuk.
“Apa yang telah dimulakan itu perlu diteruskan. Kami di AMANAH berikrar untuk meneruskannya,” kata Anuar.
“Apa yang telah dimulakan itu perlu diteruskan. Kami di AMANAH berikrar untuk meneruskannya,” kata Anuar.
Bidas PAS
Menurut rakaman di KiniTV, Anuar turut membidas sikap PAS yang didakwanya sudah melupakan legasi allahyarham.
“Sikap antirasis, pro kemajmukan yang sangat kuat itu sudah tidak diteruskan lagi oleh parti beliau, terus terang saya sebut parti PAS,” katanya.
Anuar berkata program itu akan diadakan pada 9 April depan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur (KLSCAH) dan Selangor pada selama 5 jam setengah, bermula 8 pagi.
Ia akan dirasmikan oleh Presiden AMANAH Mohamad Sabu manakala ucap utamanya pula akan dibuat oleh Datuk Husam Musa, exco kanan Kelantan ketika pentadbiran Nik Aziz.
Kertas kerja pula akan dibentangkan oleh penasihat AMANAH Ahmad Awang, anggota parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong dan penyelidik di Institut Kajian Anwar Ibrahim Wan Ji Wan Hussin.
“Seminar ini sebagai permulaan. Akan akan lagi seminar untuk hidupkan pemikiran-pemikiran dinamis di negara ini,” katanya.
“Seminar ini sebagai permulaan. Akan akan lagi seminar untuk hidupkan pemikiran-pemikiran dinamis di negara ini,” katanya.
AMANAH ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin kanan PAS yang ditolak beramai-ramai dalam pemilihan parti itu sebelum ini.
Parti itu turut menjadikan Islam sebagai agenda perjuangan tetapi mahu menggunakan pendekatan lebih terangkum atas prinsip "Islam rahmat ke seluruh alam".
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment