Friday 3 March 2017

PERJANJIAN ‘BANGKOK II’ Belum Termeterai! Perbincangan sulit Hadi dengan orang Najib?

Sabtu, 4 Mac 2017

PERBINCANGAN SULIT HADI DENGAN ORANG NAJIB? PERJANJIAN ‘BANGKOK II’ BELUM TERMETERAI

Malay | March 4, 2017


Saya ke Bangkok selepas dua hari presiden parti agama (Pas) Abdul Hadi Awang ke negara Gajah Putih itu pada 20 Februrari lalu. Saya ke Bagkok pada 23 Februari, bukan untuk menjejaki langkah dan perjalanannya, jauh sekali untuk mengintip apa yang beliau lakukan di Bangkok.
Tidak ada apa-apa keperluan pun untuk saya berbuat demikian. Apakah ada perjanjian Bangkok ke- II atau tidak?
Hendaknya jangan salah anggap dan politikan saya ke Bangkok, kalau saya mengisahkan sedikit apa yang berlaku di sana pada masa dan tarikh Hadi ke sana atau pun apabila saya mengkhulasahkan sedikit tentang suasana di sebuah hotel penginapannya.
Saya ke Bangkok dua tujuan; melancong membawa anak isteri dan menghadiri majlis Sharing Power merupakan program atau Expo Perdagangan untuk mengeratkan perpaduan di kalangan penduduk Muslim setempat di Kampung Khlong Nueng utara Bangkok. Majlis itu anjuran Ikhwah Global Fundation dengan kerjasama beberapa Ngo dan pihak berkuasa tempatan di Thailand.
Saya menerima undangan ini sejak setahun lepas, semasa saya ke kampung tersebut untuk melaksanakan korban bagi menjamu anak-anak yatim piatu di sebuah sekolah tahfiz di kampung itu.
Saya dan famili hadir majlis di Khlong Neng, Bangkok.
Jadi saya tidak ada tahu langsung akan kedatangan Abdul Hadi itu sebelum ini sehinggalah saya sampai ke Bangkok. Pengetahuan itu lebih terbuka lagi apabila seorang delegasi bersama Hadi ke Bangkok ada menulis mengenainya.
Delegasi itu yang juga merupakan pegawai Hadi menjelaskan kedatangan “Tuang Presideng” itu adalah dalam rangka untuk membela nasib umat Islam baik di Selatan Thailand dan juga nasib umat Islam Rohingya.
Kedatangan itu sangat sesuai dengan kedudukan Hadi sebagai Timbalan Presiden Ulama sedunia untuk mempedulikan nasib umat Islam yang ditekan oleh mana-mana kuasa atau pun teraniaya seperti di Rohingya itu.
Lebih lanjut pegawai Hadi itu menjelaskan dalam satu kenayatan, Hadi turut sama berjumpa dengan beberapa individu berpengaruh beragama Islam di Thailand dalam rangka berkenaan. Hadi juga berbincang dengan bekas menteri luar Thailand Surin Pitsuwan yang bergama Islam. Kenyataan itu sebenarnya biasa sahaja, tetapi ia menjadi sedikit musykil apabila pegawai itu melahirkan rasa kesal di atas penularan gambar Hadi yang sedang minum kopi dengan seorang peguam Muslim Jalaluddin Sarawoot.
Mengenai kujungan Hadi itu tidak ada sesiapa pun ketahui sebelum ini sehinggalah tersiarnya gambar itu dan dengan penjelasan oleh pegawai Hadi itu yang gelap menjadi lebih nyata. Ia juga tidak diketahui apakah tujuan kunjungan Hadi ke Bangkok itu. Dengan siapa Hadi berjumpa kecuali menyebut beberapa nama, khasnya Ramli Musa. Saya juga pelik kenapa pegawai Hadi itu membuat kenyataan itu, seolah-olah mahu menafikan apa yang berlaku sebalik niat dan matlamat asal kunjungan Hadi itu.
Sepatutnya beliau lebih berani dan telus menceritakan apakah insiden-inseden lain yang berlaku pada kunjungan itu. Dunia hari ini kita tidak dapat melindungi apa sahaja yang kita lakukan kerana ia bersifat terbuka. Tidak ada apa-apa yang perlu dirahsiakan lagi kerana lambat laung ia akan terburai juga. Berterus terang itu lebih baik dari segala-galanya.
Sepatutnya kalau tidak ada mengada (sesuatu yang lebih pelik), beliau tidak perlu membuat kenyataan seumpama itu yang sekaligus menggambarkan ada perkara pelik (rahsia) yang dibincang oleh Hadi di Bangkok, selain daripada membincang mengenai nasib umat Islam tertindas di Selatan Thai dan nasib Rohingya.
Apabila beliau bersungguh dan emotif membuat penjelasan dan melahirkan rasa kesal, sudah pasti kunjungan Hadi itu ada tersimpang perkara lain. Ada agenda yang kedua yang tersurat? Orang ramai akan mula membuat spekulasi mengenainya.
Misalnya untuk apa Ramli Musa hadir bersama? Dan kenapa seorang lagi atau dua orang lagi yang hadir tidak diperjelaskan akan tujuannya. Dalam sekeping gambar yang sampai kepada saya tertera orang bernama Dr Abdul Wahab Ismail, ikut sama hadir. Atas kapastiti apakah beliau hadir dan menjadi delegasi Bangkok itu?
Mengejutkan lagi apabila dirujuk kepada pendedahan dibuat oleh Husam Musa dalam satu acara bual kedai kopinya di Kota Bharu, Raja Petra Kamaruddin juga berada di Bangkok pada masa kedatangan Hadi itu dan beliau dikatakan berjumpa dengan Hadi. Lebih memeranjatkan lagi seperti mana dedah Husam, Raja Petra memberi tahu (briefing) kepada Hadi bahawa wang RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun Najib itu bukan dari wang 1MDB.
Menurut pendedahan Husam, Raja Petra memberi tahu Hadi, Najib tidak bersalah dalam kes itu. Apakah kedatangan Raja Petra ke Bangkok dan mengadakan pertemuan yang tidak diceritakan pegawai Hadi itu semata-mata untuk mendapatkan fatwa baharu daripada Raja Petra mengenai skandal 1MDB?
Kata Husam jangan ditanya bagaimana dia dapat mengesan dialog dan perilakuan Raja Petra dengan Hadi itu. Itu saya katakan dalam dunia global hari ini tidak ada rahsia lagi. Kita sekarang ini hidup dalam dunia khasyaf.
Saya dan kita semua akan menunggu apakah yang akan dituliskan oleh Raja Petra mengenai pendedahan Husam itu. Apa yang kita mahu dengar apakah beliau hadir atau tidak di Bangkok, minum kopi dan makan tomyam atau kemsung bersama Hadi atau tidak yang mana gambarnya tidak disiarkan?
Pegawai Hadi itu kalau dia jujur dan bermaksud tidak mahu melindungi agenda Hadi ke Bangkok, patut menyebut nama Raja Petra dan menjelaskan apa yang berlaku. Atau kalau beliau terlupa, beliau kena respons kepada pendedahan Husam itu, pendedahan Husam mengenai pertemuan Hadi – Raja Petra itu akan memulihkan ingatannya. Kalau tidak berlaku beliau kena nafikan akan kewujudan Raja Petra. Setakat ini belum ada penafian berkaitan apa yang Husam dedahkan itu.
Mungkin bagi orang tidak mengenali Raja Petra Kamaruddin akan menganggap perkara itu biasa sahaja, Tetapi bagi mereka yang kenal Raja Petra dan apa lagi yang pernah mengetahui kerja-kerja psywar dibuatnya akan berfikir dan berfikir tentang tujuan pertemuan Hadi – Raja Petra. Pertemuan tidak sia-sia kerana setiap saat dan dalam apa suasana pun bagi Raja Petra ia bergerak atas nilai komersial.
Untuk rekod Raja Petra adalah abang kepada Raja Idris. Raja Idris pernah berkhidmat menjadi CEO di sebuah GLC Terengganu pada masa Abdul Hadi Awang menjadi MB. Raja Idris sangat menghormati Abdul Hadi Awang dan bekas MB itulah juga bertanggungjawab membawa kepulangannya semula ke Malaysia.
Raja Petra yang kini mendapat “suaka” politik di London tidak akan saja-saja turun ke Bangkok apa lagi berjumpa Hadi kakau tidak ada ada manfaat baginya. Kalau pertemuan itu kebetulan beliau mahu pulang ke rumah isterinya, Marina di Phukat, kita boleh bertanya untuk apa dia singgah berjumpa dengan Hadi. Apakah sekadar untuk mencium tangan Hadi kerana lama tidak terhidu minyak attar Hadi membuat beliau sudah penasaran?
Seperti saya nyatakan tadi semasa di Bangkok, bukan kerja saya untuk mengintip apa-apa orang Malaysia lakukan di sana, termasuk kedatangan Hadi dan delegasi itu. Tetapi dunia ini terbuka dan banyak insiden yang berlaku secara tiba-tiba. Ada kalanya walaupun kita tidak bertanya atau mahu tahu mengenai sesuatau peristiwa itu, tetapi ada pula orang yang sukarela memberi tahu kita. Dunia ini penuh dengan misteri dan penuh dengan realistik.
Mengenai kunjungan Hadi ke Bangkok itu, ada dua agenda sebenarnya. Selain untuk membincang mengenai nasib umat Islam seperti mana kata pegawai Hadi itu, ada perbincangan sampingan lain yang berlaku. Kedatangan Ramli Musa dan Abdul Wahab itu adalah agenda sampingan yang lebih penting buat mereka. Itu yang saya diberi tahu dan dimaklumkan.
Kedua tokoh dagangan itu bukan datang sahaja-sahaja untuk melihat keserabutan Manam Chopraya, tidak. Mereka ada agenda dan maksudnya tersendiri. Katanya mereka berhajat untuk mengulangi sejarah tahun 1909 lampau bagi menandatangan atau mencari persefahaman baharu dengan Abdul Hadi Awang?
Kalau tahun 1909 dulu berlaku Perjanjian Bangkok di mana Inggeris menanda tangani perjanjian dengan Siam yang kedua pihak mendapat untung bersama; Inggeris mendapat perlepasan dalam soal perdagangan yang dikuasai Inggeris, manakala Inggeris pula mendapat kekuasaan ke atas tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah yang menjadi wilayah Siam, nah kontras begitulah juga yang diharapkan oleh Ramli Musa dan Abdul Wahab Ismail.
Apakah perjanjian Bangkok II dicapai atau tidak? Tunggu kita sambung dilainkan kali.

– http://msomelayu.blogspot.my/
Malaysia Chronicle.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena