Friday, 3 March 2017

[Video] BETAPA teruknya kerajaan M'sia hari ini? Pelajar terpaksa sedekah kertas A4 untuk peperiksaan & Malaysia tangga ke 5 dunia paling banyak aliran keluar wang haram.

Sabtu, 4 Mac 2017

Foto Suara Rakyat.
MASIH
"Bukti Ekonomi kukuh, asas ekonomi mapan dan tak bermasal
Cakap Najib, ekonomi negara OK. AUTA LEBIH..
Ko punya sembang semua baik Najib... takde yg tak baik

RUPA-RUPANYA..
Dividen ASB.. susut 4 tahun berturut2
Dividen KWSP.. susut 2 tahun berturut2
Dividen TABUNG HAJI.. susut 2 tahun berturut2
Dividen dosa menipu rakyat.. berturut2 tak putus menipu rakyat.

Malaysia tangga ke 5 dunia paling banyak aliran keluar wang haram 

NEGARA Malaysia hanyalah sebuah negara kecil, bagaikan habuk dalam peta dunia. Namun negara kecil ini terkenal di persada antarabangsa kerana berada di tangga ke lima pengaliran wang haram paling besar di dunia.

Perkara itu disahkan oleh badan pemantau Global Financial Integrity dalam laporan terkininya yang mendedahkan bahawa aliran keluar wang haram Malaysia menyebabkan negara ini kehilangan jumlah terkumpul US$418.542 bilion (RM1.86 trilion) dari tahun 2004 hingga 2014.
Malah pada tahun 2013 sahaja Malaysia sudah kehilangan sejumlah US$48.25 bilion (RM214.66 bilion). Punca aliran keluar wang haram itu pula dilaporkan daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti-aktiviti haram.

Kalau kita lihat, jumlah pengaliran wang haram yang merugikan negara ini untuk tahun 2013 sahaja sudah lebih 5 kali ganda jumlahnya berbanding cukai GST yang dikutip oleh kerajaan pada tahun 2016, iaitu jumlah kutipan melebihi sasaran sebanyak RM41.2 bilion.

Jika kerajaan pimpinan Najib serius me mbanteras pengaliran keluar wang haram, rakyat Malaysia tak perlu menanggung beban untuk bayar GST setiap hari.
milosuam

PIBG mohon ibu bapa derma 1 rim kertas A4 untuk kegunaan sekolah
SURAT jemputan rasmi ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 Sekolah Kebangsaan Seri Kelana menjadi viral di laman sosial Facebook dan Twitter kerana selain menjemput ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG, ia turut merayu sumbangan 1 rim kertas A4 70 g/m daripada ibu bapa pelajar.
Surat yang bertarikh 3 Februari 2017 itu, meminta ibu bapa supaya membawa bersama kertas A4 untuk diserahkan semasa hadir pada hari Mesyuarat Agung diadakan, iaitu pada 24 Februari 2017 nanti.


"Pihak kami juga mengharapkan tuan/puan dapat menyumbang 1 rim kertas A4 putih 70g/m bagi menampung kos percetakan untuk tujuan pengurusan dan pembelajaran."

"Sumbangan tersebut boleh diserahkan semasa tuan/puan hadir pada hari Mesyuarat Agung." tulis surat tersebut yang ditandatangani oleh Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG SK Seri Kelana, Seremban.

Sebelum ini pernah juga didedahkan tentang perkara serupa, di mana seorang ibu terkejut apabila dua orang anaknya meminta dibelikan kertas A4 seorang satu rim, dakwanya untuk disedekahkan kepada pihak sekolah.
milosuam
Murid terpaksa sedekah kertas A4 kepada sekolah untuk peperiksaan, mana peruntukan?
BETAPA teruk dan tenatnya kerajaan Malaysia hari ini. Sampaikan kertas A4 untuk kegunaan peperiksaan pelajar di sekolah pun tidak lagi dapat disediakan.
Murid-murid pula terpaksa atau dipaksa untuk 'sedekah' kertas A4 kepada sekolah. Hal ini didedahkan oleh seorang ibu melalui akaun Facebook miliknya.

Ibu tersebut, Sharifah Mohd Jahaya mendakwa dua orang anaknya meminta untuk dibelikan kertas A4 seorang satu 'rim' ketika berada di Tesco.

Apabila beliau yang kehairanan bertanya kepada anaknya apa tujuan untuk membeli begitu banyak kertas A4, anaknya mendedahkan bahawa pihak sekolah sudah tidak ada duit untuk menyediakan kertas A4 bagi kegunaan peperiksaan.
Tinjauan aku tentang perkara ini mendapati, ramai ibu bapa mengakui apa yang didedahkan oleh Sharifah Mohd Jahaya itu. Apa yang didedahkan oleh beliau ternyata benar-benar berlaku bukan rekaan untuk mencari publisiti murahan.

Jika sampai kertas A4 untuk peperiksaan pun sekolah sudah tidak mampu sediakan, ini sudah sangat melampau. Ke mana disalurkan segala peruntukan pendidikan yang diumum dalam bajet setiap tahun?

Barangkali ini merupakan petanda awal untuk kemerosotan lebih teruk terhadap ekonomi negara. 

Kerosakan yang besar dibawa oleh 1MDB ditambah dengan kemerosotan teruk hasil negara berikutan kejatuhan harga minyak dunia, kegawatan ekonomi lebih teruk dijangka menyusul.

(Pemimpin lemah + korup) + (Rakyat buta + pekak + tuli) = Negara Bangkrap
milosuam

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena