Thursday, 22 June 2017

Soalan buat SPRM: Rantai AS$27.2 juta diberi atau diminta? Pemuda PH gesa SPRM siasat isteri MO1 dan barang kemas RM128 juta.

Khamis, 22 Jun 2017



Foto Otai BERSIH.
Patutlah cukai GST pun masih tak cukup. Sekarang nak tambah cukai pelancongan. Sikit masa lagi entah cukai apa nak dikenakan.

Pemuda PH gesa SPRM siasat isteri MO1 dan barang kemas RM128 juta

 | ARIF ATAN
Faiz dan Pemuda PH mempamerkan laporan SPRM kepada media di hadapan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi tadi.

Pemuda Pakatan Harapan dan Gerakan Anakmuda Tolak Najib (GANT1) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pendedahan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berhubung 27 barang kemas maha mewah yang dihadiahkan kepada isteri Malaysia Official 1 (MO1).
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, pembongkaran paling memeranjatkan itu membabitkan seutas rantai berloket belian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta (RM122 juta) dan 27 barang kemas bernilai AS$ 1.3 juta (RM6 juta) kepada isteri MO1.
"Pendedahan hadiah barang kemas maha mewah bernilai lebih kurang RM128 juta ini hanya kepada seorang individu sahaja sebagai isteri MO1 adalah suatu pertuduhan yang serius yang memerlukan tindakan dan penyiasatan segera, bebas dan menyeluruh," katanya dalam laporan kepada SPRM itu.
Terdahulu beliau menyerahkan dokumen tersebut di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini dengan turut disertai pemuda parti Bersatu.
Faiz menuntut supaya SPRM menyiasat individu sebenar yang dinamakan sebagai isteri MO1 seperti didakwa dalam saman DoJ serta merampas 28 barangan kemas terbabit bagi tujuan mengenalpasti sumber sebenar perolehan.
Menurut peguam itu, saman DoJ merupakan satu prosedur kes jenayah di Amerika Syarikat selaras dengan peruntukan 18 USC 981 dan 18 USC 1956.
"Saman DoJ ini juga menggariskan beberapa kesalahan pecah amanah, penipuan dan penyelewengan di bawah Kanun Keseksaan serta kesalahan rasuah mengikut Akta SPRM 2009. Dengan itu, fakta yang didedahkan dalam saman DoJ dan aduan ini adalah berada dalam bidangkuasa SPRM," jelasnya.
Minggu lalu, DoJ telah memfailkan kali ketiga saman "Civil Forfeiture" (Saman DOJ) di bawah program ‘Kleptocracy Asset Recovery Initiative’ untuk menyita dan merampas serta bagi melucuthak beberapa aset tambahan kepada saman DoJ yang difailkan pada 20 Julai tahun lalu.
Sejumlah aset terbabit didakwa diperolehi melalui jenayah penyelewengan dan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu syarikat milik Kerajaan Malaysia.
Mengulas lanjut, Faiz menggesa SPRM mengenal pasti penglibatan isteri MO1 dalam skandal 1MDB sama ada hadiah 28 barangan kemas itu adalah penghargaan oleh ahli perniagaan, Jho Low atau arahan isteri MO1 sendiri.
"Saya juga mendesak agar pihak SPRM membuka semula kertas siasatan berkenaan skandal 1MDB kerana terdapat pendedahan baru berkenaan aliran wang sepertimana pendedahan Saman DoJ.
"DoJ adalah sebuah institusi undang-undang kerajaan Amerika Syarikat yang sudah pasti mempunyai maklumat dan bukti yang konkrit dan kredibel dalam membuat dakwaan tersebut," tegasnya.
Sehubungan itu, Faiz merayu agar SPRM dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai institusi penguatkuasa undang-undang negara dalam menangani korupsi dan penyelewengan wang negara berpuluh bilion ringgit sesuai dengan visi dan misi institusi tersebut.
Butiran mengenai barangan kemas maha mewah yang dikaitkan dengan isteri MO1 adalah seperti berikut:-
  1. 1 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (sederhana)    AS$52,000
  2. 1 gelang tangan emas bertatah berlian putih 18K (sederhana)  AS$52,000
  3. 1 gelang tangan “rose gold” bertatah berlian putih 18K (sederhana)    AS$52,000
  4. 2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang 18K (sederhana)    AS$99,000
  5. 3 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (nipis)    AS$91,200
  6. 2 gelang tangan emas bertatah berlian 18K (nipis)    AS$60,800
  7. 3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang 18K (nipis)    AS$76,125
  8. 2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian hitam 18K (nipis)    AS$35,500
  9. 2 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (sederhana)    AS$92,000
  10. 4 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K dan jed hitam    AS$68,000
  11. 1 gelang tangan emas bertatah berlian putih 18K    AS$65,000
  12. 1 utas rantai “rose gold” berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati    AS$150,000
  13. 1 utas rantai “rose gold” bertatah berlian putih 18K    AS$70,714
  14. 1 utas rantai emas bertatah berlian putih 18K    AS$55,489
  15. 1 utas rantai emas putih bertatah berlian putih 18K    AS$40,172
  16. 1 utas rantai emas putih bertatah berlian putih dan hitam 18K    AS$240,000

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena