Pas Pulau Pinang dakwa DAP punca judi meningkat
Pemuda Pas Pulau Pinang mendakwa kegiatan perjudian yang semakin berleluasa di negeri itu berpunca daripada dasar dan pendekatan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang Ahmad Safuan Ujar berkata, tiada beza pemerintahan DAP dengan BN yang dilihat menyokong aktiviti perjudian.
Kapitalisme yang menjadi antara tunjang pemerintahan DAP hanya mengutamakan keuntungan dan perolehan kewangan tanpa melihat kesan ke atas aspek sosial masyarakat.
"Bahkan, tidak ada bezanya DAP dengan pemerintahan BN yang juga berpaksi sedemikian.
"Dalam konteks ini, Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN meluluskan lesen judi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP pula adalah pihak pemberi ‘kemudahan’ lesen premis," katanya dalam kanyataan.
Menurut beliau, sikap kerajaan persekutuan dan DAP itu menyebabkan kegiatan perjudian di Pulau Pinang umpama ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.
0 comments:
Post a Comment