Friday, 9 June 2017

[Video Pakatan Harapan umum barisan kepimpinan utama minggu depan] Perbicaraan reman ke atas naib ketua Pemuda Amanah hari ini.

Sabtu, 10 Jun 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.

Perbicaraan reman ke atas naib ketua Pemuda Amanah hari ini

Perbicaraan reman ke atas Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin akan berlangsung hari ini di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi lanjutan siasatan kes di bawah Seksyen 341/143 Kanun Keseksaan.
Perbicaraan dijadualkan berlangsung pada jam 10.00 pagi ini.
Shazni kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk disoal siasat.
Shazni diwakili peguam Wan Anwar Wan Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional.
Tengah hari semalam, tiga anggota polis berpakaian preman menahan Shazni di Wisma Amanah Negara walaupun pada mulanya mereka dimaklumkan datang untuk merakam kenyataan.
Shazni ditahan polis susulan protes termasuk merantai dan mengunci pagar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pada 23 Mei lalu berhubung bantahan memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada prti-parti politik, 23 Mei lalu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena