Pemakan dedak main fb lebih byk jasanya berbanding penjawat awam..?
Kesian... penjawat awam.
Kesian... penjawat awam.
Kedutaan AS: Tiada bantahan dari Malaysia
Tidak ada sebarang protes rasmi dihantar Putrajaya kepada AS ekoran saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu terhadap 1MDB yang dianggap sebagai salah satu tindakan mencampuri urusan dalaman Malaysia.
Seorang jurucakap kedutaan AS memberitahu Malaysiakini, pihaknya tidak menerima sebarang notis daripada kerajaan negara ini.
"Tiada setakat apa yang kami ketahui," katanya Pegawai Perhubungan Media Kedutaan AS, Drake Weisert, ketika dihubungi hari ini.
Ekoran tindakan DOJ mengemukakan saman sivil terbaru pada Khamis lalu, beberapa pihak mentafsir langkah itu sebagai cubaan AS mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.
Antaranya ialah Menteri Komunikas dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, semalam.
Kata Salleh, saman sivil ketiga difailkan DOJ itu biasanya akan dikecam secara menyeluruh jika berlaku pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kata Salleh, sebahagian besar pernyataan DOJ adalah mengenai apa yang sedang berlaku di Malaysia, dan yang lebih besar adalah, sama ada jenayah benar-benar dilakukan di AS seperti yang didakwa.
Beliau berkata masyarakat antarabangsa boleh mengulas mengenai isu seperti "amalan hak asasi manusia, kebebasan sivil, buruh kanak-kanak, seks kanak-kanak dan pembunuhan beramai-ramai", tetapi mereka mempunyai had.
"Selain itu, anda (perlu) menghormati kedaulatan negara lain," katanya.
Tegas pertahankan PM
Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mencabar DOJ membuat pendakwaan di mahkamah jika agensi penguat kuasa terbabit memiliki bukti berkaitan dana 1MDB yang didakwa mereka diselewengkan.
Hishammuddin juga menyatakan keraguannya mengenai identiti sebenar Malaysian Official 1.
Malaysiakini difahamkan, Wisma Putra tidak mempunyai rancangan untuk menyatakan bantahan rasmi kepada AS buat masa ini.
Khamis lalu DOJ - melalui dokumen setebal 215 halaman - menyatakan tindakan mereka untuk menyita sejumlah aset yang didakwa diperoleh secara salah melalui penyelewengan dana 1MDB.
Dalam dokumen itu ada beberapa nama dipetik secara langsung atau tidak, termasuk Malaysian Official 1 (MO1) serta isterinya.
Ia mengundang kritikan keras pihak pembangkan, tetapi di kalangan pemimpin kerajaan mereka tegas mempertahankan Datuk Seri Najib Razak yang disebut-sebut sebagai MO1 itu.
Perdana menteri berkali-kali menegaskan beliau tidak terbabit dalam sebarang salah laku pengurusan dana 1MDB, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah membebaskan beliau daripada sebarang kesalahan.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment