Sunday, 25 June 2017

[Video Orang Kata Lim Guan Eng adik Mat Sabu! "Saya Berasa Bangga"] #PolitikMatang Pas & Gila Talak! Dalam kes profil tinggi penjawat awam kena, orang politik lepas.

Isnin, 26 Jun 2017

Foto Suara Rakyat.

Inilah #PolitikMatang

Ulama PAS lulus usul putus kerjasama dengan PKR -(27/4/2017)

Pemuda PAS lulus usul ‘cerai talak 3’ dengan PKR -(28/4/2017)


Hubungan PAS-PKR tamat serta merta, kata Majlis Syura -(11/5/2017)

Tahaluf siyasi Pas-PKR tamat serta-merta -(11/5/2017)

TIBA-TIBA..
Bila dah kata putus, skrg boleh pulak kerjasama dgn bersyarat...

Harap kepimpinan PH khasnya PKR dan PPBM berfikiran waras dan memahami inspirasi pengundi dan rakyat Malaysia yang mahu melakukan perubahan.
.
Foto Suara Rakyat.
AUTA vs. FAKTA

Kesian.. PAS kena buli dengan DAP.. itulah modal diorang jaja sana sini..

TETAPI jika dilihat dari fakta, DAP yang paling sedikit peruntukan di DUN dan Parlimen berbanding PAS... cuma DAP bertanding di kebanyakan di bandar, PAS kalah di luar bandar..

Dalam kes profil tinggi penjawat awam kena, orang politik lepas

Bekas pengerusi FGV Mohd Isa Samad bersama isteri hadir ke pejabat SPRM hari ini. Tidak dipasti beliau hadir atas kapasiti orang tersangka ataupun sebagai saksi. Sebelum ini pihak SPRM kata ia akan memanggil lebih 40 saksi untuk memberi keterangan berhubung isu pergolakan dalam FGV -- pertembungan antara pengerusi Isa Sama dengan CEO, Zakaria Arshad.

Berpandukan kepada sejarah masa lampau, saya tetap yakin orang politik yang terbabit dalam pertembungan itu akan selamat sebaliknya penjawat awam akan dikenakan tindakan. Sama ada diheret sebagai tersangka ataupun sekurang-kurang tindakan disiplin, dipecat.

Kita sudah mangli menyaksikan kes-kes begini bila mana berlaku pergolakan dalam apa-apa badan atau syarikat kerajan hatta di kementerian sendiri antara penjawat awam dengan menteri -- orang politik, di mana ia berakhir penjawat awam menjadi mangsa.

Kerana sejarah itu juga menyebabkan pejawat awam yang sering menjadi mangsa, berhati-hati untuk membuat apa-apa laporan berkaitan salah laku orang politik dalam badan-badan berkenaan. Phobia itu juga menjadikan penjawat awam takut untuk membuat laporan atau pun melawan orang politik.

Situasi itu semua menunjukkan politik tetap menguasai badan-badan seperti SPRM yang dikatakan bebas itu.

Tidak perlu diturunkan bukti mengenai hakikat ini kerana kita semua sudah mengetahui sejarahnya. Baik di zaman Najib Razak, Abdullah Ahmad Badawi atau Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri semua ada rekod busuk dan tidak bermoral berkenaan. Di zaman Dr Mahathir kertas pertuduhan untuk seorang menteri kanan sudah disiapkan tetapi akhirnya ia dibatalkan.

Di zaman Dr Mahathir ada seorang menteri disiasat oleh SPRM dituduh terlibat dengan rasuah, akhirnya yang disiat kereta mewah milik menteri itu sebalik menteri berkenaan dibebaskan dibebaskan di zaman Abdullah bahkan dilantik menjadi orang besar.

Dalam kes membabitkan Isa Samad ini maupun terbaharu Annuar Musa di Mara kita tunggulah keputusannya nanti, apakah ia mengikut jejak kes-kes sebelum ini. Bagi saya, saya sangat yakin mereka disucikan kerana itulah cara dan amalan diamalkan oleh kerajaan Najib Razak. [wm.kl.12:06 pm 21/16/17]

Posted by mohd sayuti Omar


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena