Warisan parti untuk semua rakyat Sabah
SELEPAS hampir setahun menerajui Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal yakin beliau sudah mula memenangi sokongan daripada masyarakat pelbagai etnik di negeri itu, termasuk Kadazan Dusun Murut (KDM).
Bagi Shafie, sokongan itu jadi lebih bermakna kerana ahli keluarga dua “gergasi politik” Sabah dari etnik KDM sendiri – Kitingan bersaudara pun ikut sama menyertai Warisan.
Dua beradik Kitingan yang dimaksudkan oleh Shafie ialah adik lelaki dua gergasi politik itu, Crispin Kitingan dan adik perempuan bongsu, Juliana Kitingan.
Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight, Shafie turut ditanya tentang kemungkinan Warisan menjalin kerjasama politik dengan parti-parti lain, baik dengan Pakatan Harapan dari Semenanjung atau pakatan parti pembangkang tempatan, Gabung Sabah. - 12 Oktober, 2017.
0 comments:
Post a Comment