Thursday, 12 October 2017

[Video Shafie Apdal ajak Sabahan berani berubah & PAS, UMNO bentuk Pakatan PRU-14 lawan Pakatan Harapan?] DATUK, KALI INI BIAR SAYA TOLONG JAWAB....

Khamis, 12 Oktober 2017


DATUK, KALI INI BIAR SAYA TOLONG JAWAB....

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kini merupakan Presiden Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal mempersoalkan kenapa hanya kementeriannya saja yang menjadi sasaran SPRM untuk disiasat?

Ada sesiapa tahu jawapannya?

Mungkin ada banyak jawapan kepada persoalan yang ditanyakan Shafie itu, tetapi saya barangkali boleh tolong beliau dengan memberikan beberapa sebab yang mungkin menjadi antara puncanya.
Pertama, sebab Datuk sekarang sudah keluar UMNO dan kemudian kuat menentang Najib Razak.

Cuba selepas keluar UMNO dulu, Datuk cuma duduk diam-diam atau umum mahu bersara saja, pasti tiada apa-apa fail yang akan terbuka sekarang ini.

Kedua, sebab UMNO Sabah sekarang makin tergugat dan mungkin tidak lagi menjadi deposit tetap bagi BN dalam pilihanraya akan datang. 

Jika UMNO Sabah kekal kuat dan tidak tergugat, barangkali dengan serangan melalui TV1 atau TV3 saja sudah memadai untuk menangkis segala ancaman yang datang.

Ketiga, sebab Parti Warisan Sabah dapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Sabah. 

Kalau setiap program anjuran Parti Warisan Sabah, hanya 10 atau 20 orang saja yang hadir, bukan ribu-ribu atau sehingga sesak khemah dengan hadirin yang memberi gambaran mereka mahu kepada perubahan, tidak mungkin penyelongkaran oleh SPRM tiba-tiba terjadi.
Secara sedar atau tidak, tanpa salah satu atau ketiga-tiga sebab di atas, pasti tiada apa-apa yang akan berlaku bahh...

Lagi pun, kalau mahu siasat dan selongkar, siasat dan selongkarlah semua kementerian dan menteri-menteri yang ada.

Apakah kementerian dan menteri-menteri lain benar-benar tidak bermasalah? 

Apakah Perdana Menteri sendiri tiada masalah?

Bila agaknya SPRM mahu menyiap dan seterusnya menghantar laporan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung kemasukan dana RM42 juta daripada SRC International ke akaun peribadi Najib? (ShahbudinHusin 12/10/2017)


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena