Wednesday, 11 October 2017

[Video Isu Dobi KPN/IGP - Ustaz Zamihan / Sultan Johor (siasat bawah Akta Hasutan)] Himpunan Kleptokrasi: Pembangkang enggan berganjak dari Padang Timur PJ

Rabu, 11 Oktober 2017

Polis siasat Zamihan bawah Akta Hasutan

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pendakwah kontroversi Zamihan Mat Zin dan beliau sedang disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Perkara itu di siasat di bawah Akta Hasutan, seksyen 4, kita akan laksanakan (siasatan),” katanya.
Fuzi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri acara Breakfast Talk Integriti bertajuk “Kelestarian Keamanan Negara, Perspektif Integriti” di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.
Fuzi turut berkata, satu laporan polis telah dibuat ke atas Zamihan semalam.
Kata Fuzi lagi, sehingga kini tidak ada tangkapan dibuat terhadap Zamihan dan proses siasatan mengikut prosedur akan dibuat ke atas bekas pegawai Jakim itu.
“Tidak, setakat ini tak ditahan tapi siasatan akan dibuka berkaitan perkara ini,” katanya.
malaysiakini.
Pembangkang enggan berganjak dari Padang Timur PJ

Pakatan Harapan (HARAPAN) tetap akan meneruskan himpunan anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu ini walaupun pihak polis tidak membenarkan kawasan itu digunakan.
Timbalan Presiden HARAPAN Mohamad Sabu berkata, melalui surat kepada penganjur, pihak polis Petaling Jaya tidak membenarkan padang itu digunakan dengan alasan kemungkinan gangguan trafik di sekitar kawasan berkenaan.
"Kami semalam menerima surat dari polis, (mereka beritahu) tempat itu tidak sesuai untuk buat himpunan kerana masalah trafik.
"Kami akan tulis semula surat pada polis, untuk memberitahu akan bekerjasama bagi mengawal arus aliran trafik bersama dengan petugas MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya),” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.
Selain itu, menurut surat yang ditandatangani Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din, notis yang dikemukakan penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 itu ditolak berdasarkan enam faktor yang berkaitan masalah lalu-lintas.
Antara faktor yang dinyatakan ialah perhimpunan itu akan mengganggu laluan penumpang yang menggunakan stesen LRT Taman Jaya, menyekat akses bas di stesen berkenaan serta mengganggu lalu-lintas di Jalan Timur.
Sehubungan itu, mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihak penganjur tidak bercadang untuk mengadakan himpunan tersebut di lokasi alternatif lain memandangkan pihaknya telah melakukan persediaan bagi penganjuran himpunan ala karnival berkenaan.
“Himpunan ini tidak bergerak, jadi kita dah siapkan sistem pembesar suara, skrin dan lain-lain.
“Kosnya juga agak tinggi. Kalau himpunan yang bergerak, murah,” katanya lagi.

malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena