Tuesday 7 November 2017

[Video Dr Maza tibai bab cukai dan GST & Hapus GST: Rakyat Sokong Pengumuman PH] GST kutip banyak tapi kenapa peruntukan kesihatan semakin berkurang?

Rabu, 8 November 2017



Image result for Gambar GST

GST kutip banyak tapi kenapa peruntukan kesihatan semakin berkurang?


KUALA LUMPUR, 7 NOV: Meskipun kerajaan mencatatkan kutipan GST berjumlah RM41.2 bilion bagi tahun 2016, peruntukan membeli ubat-ubatan pula semakin berkurangan.
Ini yang menimbulkan persoalan kepada Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang berkata pengurangan peruntukan perubatan itu tidak pernah berlaku sebelum cukai itu dilaksanakan.
“Sejak GST diperkenalkan pada 2015, peruntukan untuk membeli ubat-ubatan mula dikurangkan dan ia berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya iaitu di antara 2010 hingga 2014 di mana peruntukan perubatan ketika itu dinaikkan sekurang-kurangnya 10 peratus,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Apa yang lebih menjadi persoalan katanya, kerajaan bertindak memotong peruntukan perubatan tatkala jumlah kehadiran pesakit ke klinik dan hospital kerajaan meningkat akibat kenaikan kos sara hidup.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu turut mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam yang menjawab dakwaan media sebelum ini berhubung peralatan perubatan sekali guna yang dikitar semula.
“Menteri Kesihatan memberi jawapan segera berhubung perkara itu dengan menyatakan peralatan tersebut selamat digunakan sehingga tiga kali mengikut garis panduan pembershan dan nyah-kuman.
“Jawapan menteri itu dialu-alukan, namun kita dapati pihak kementerian masih gagal menjawab dakwaan bahawa pesakit diminta membeli ubat-ubatan mereka dan melakukan ujian kesihatan di luar, begitu juga dakwaan bahawa pihak hospital gagal membaiki peralatan yang rosak berikutan kekangan kewangan,” katanya lagi. –Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena