Friday 3 November 2017

[Video KESALAHAN JHO LOW (1MDB) Menteri Umno patut tahu!] PLUS, MRCB kaut untung besar hasil mansuh 4 tol.

Sabtu, 4 November 2017

Bajet 2018 : Rahsia Tol Dimansuhkan Tersebar

Image result for Foto tol yang dimasuhkan

Bajet 2018 : Rahsia Tol Dimansuhkan Tersebar. PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menjelaskan berdasarkan perjanjian konsesi yang disemak semula pada 2011, kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2038 dan bukan 2018.

Dalam satu kenyataan hari ini, PLUS berkata pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018 semalam, bermakna pemansuhan kutipan tol berkuat kuasa 1 Januari 2018 di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau itu ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada perjanjian konsesi berkenaan.
Posted by 

PLUS, MRCB kaut untung besar hasil mansuh 4 tol


KUALA LUMPUR, 3 NOV: Pampasan berjumlah RM110 juta setahun terpaksa dibayar oleh kerajaan dari 2018 hingga 2038 kepada syarikat konsesi empat tol yang dimansuhkan dalam ucapan Belanjawan 2018 pada Jumaat lepas.
Hasilnya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, syarikat konsesi Plus Malaysia Bhd (PLUS) dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang mengendalikan tol tersebut bakal mengaut keuntungan yang besar daripada pemansuhan berkenaan.
“Mengandaikan pampasan yang tidak meningkat bagi tempoh itu, ia akan berjumlah RM2.36 bilion. Bagaimanapun, jumlah pampasan ini akan menjadi lebih tinggi apabila ia dikira berdasarkan penggunaan tol itu di masa hadapan.
“Sama ada pampasan yang diberikan secara tunai, atau sambungan konsesi, mereka yang menanggung bil itu adalah rakyat.
“Jangan dilupa bahawa kerajaan telah pun membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol sebelum ini, apabila mengumumkan tidak menaikkan kadar tol, dalam ucapan bajet yang lalu,’ katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, katanya yang juga Setiausaha Publisiti DAP, pemansuhan tol berkenaan bukanlah percuma dan sebenarnya bakal ditanggung oleh rakyat.
“Setiap langkah populis ini akhirnya akan menambah kos kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Tol ‘percuma’ oleh Perdana Menteri ini bukanlah ‘percuma’,” ujarnya.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman pemansuhan empat tol oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Belanjawan 2018 pada Jumaat lepas.
Empat tol itu adalah tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, serta tol Kayu Hitam Bukit di Kedah, dan Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor, yang akan dimansuhkan mulai 1 Januari tahun depan.
Tony dalam pada itu turut mencadangkan kepada kerajaan supaya mencedok idea daripada Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2018 yang berazam memansuhkan kesemua tol secara berperingkat melalui “penyusunan semula dan rundingan semula perjanjian tol dengan syarikat konsesi”. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena