Thursday 2 November 2017

[Video Noh, Khalid bertelagah isu janji bina rumah] 'Rumah Mahal' Rakyat buat projek rumah kontena sendiri! Mansuh 2 tol, Putrajaya bayar RM102 juta setahun pada PLUS.

Khamis, 2 November 2017

9 bulan lalu saya berangan mahukan motor besar, sebab nak bergaya sedangkan saya masih menyewa. Saya baca sana-sini orang mengeluh rumah mahal. Saya termasuk dalam golongan tersebut dan memikirkan apalah nasib kita zaman sekarang, sungguh hebat cabarannya untuk hidup selesa. Kerajaan perlu lebih kuat berusaha. Tunaikan janji mereka dan kita juga mesti berusaha.

Saya nekad membeli tanah lot tersebut, berkeluasan 2400 kaki persegi, bumiputera & freehold. Bukaan 80 kali 30 kaki, lokasinya di Teluk Panglima Garang, 25KM dari Shah Alam tempat saya bekerja ketika itu.

Hasilnya, selepas saya melakar dan membuat research di Internet, saya tekad untuk membina rumah dari unit Kontena terpakai. Ya kontena buruk yang dibuang syarikat-syarikat logistik yang tak layak naik kapal lagi. Saya belanjakan RM35 ribu lagi untuk semua urusan pembinaannya.
Sebiji kontena 20 kaki (1 TEU) saya beli dan potong, saya tambah tingkap, pintu, exhaust fan, cat antikarat luar dan dalam serta pasang lantai getah vinyl. Saya panggil abang saya, “Wan, tolong aku buat rumah”. “Ok dik abang tolong ko belilah barang, upah bayar kemudian”. Lega saya mendengar, mak ayah saya time tu belum tahu sepenuhnya pelan saya, mereka cuma tahu saya beli tanah. Kemudian terpaksa, saya ceritakan kepada mereka, mereka senyum dan bersetuju. Anak mereka sorang ni memang mereka tahu istimewa. hehe.

Kini saya sudah boleh kata selesa, saya sudah ada rumah sendiri, sempit atau nak tambah ruang? Bila-bila masa saya boleh tambah. Beli kontena lagi, tenggek atas kontena sedia ada. Kita pun kalau dah kawin, belum tentu buat anak tiap-tiap tahun bukan? Jadi dengan ruang terhad yang ada sekarang, saya gunakan sepenuhnya, itupun ada kalanya saya tak naik tingkat atas dekat seminggu. Sebab semuanya ada di tingkat bawah, cepat dicapai, mudah disedia, mudah dikemas. Kawan-kawan dan jiran tetangga datang, mereka lepak di ruang atas menonton TV di atas.

Pada anda di luar sana, saya bukanlah orang kaya mana. Anak felda je. Mak ayah saya dulu buat rumah sendiri juga. Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita? Saya pun bekerja, sibuk juga, boleh sahaja uruskan masa untuk menyiapkan semuanya. Untuk tambahan, saya juga menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan, saya buat Freelance Web Designing sebagai income tambahan, saya bela ayam kampung dengan kawan-kawan, saya tanam pokok stevia dan lain-lain asalkan halal jadi duit. Anda patut mencuba, seronok, ternyata berbaloi mencubanya. Siapa kita nak salahkan kalau duit tak cukup? Kerajaan atau kita sendiri tidak berikhtiar?




Fakta
Tanah : RM35,000
Keluasan: 80 X 30 kaki = 2400 kaki persegi
Pembinaan rumah kontena dan tingkat tambahan serta lain-lain kos tersembunyi: RM 50,000.

Jumlah RM85,000.
Pinjaman peribadi 5 tahun : RM75 ribu
RM10,000 dari duit bonus bekerja
Kelengkapan rumah: Alhamdulillah semua ada, Aircond, astro internet semua ada.

Bagaimana anda boleh juga bermula? Layari www.rumahkontena.com untuk membaca kisah saya dan ketahui caranya.

Link penuh galeri gambar projek rumah kontena: http://muhamadazree.imgur.com/
@ www.rumahkontena.com atau FB & instagram @rumahkontena

Facebook: Muhamad Azree

Posted by: The Hyper Media

Mansuh 2 tol, Putrajaya bayar RM102 juta setahun pada PLUS

Mansuh 2 tol, Putrajaya bayar RM102 juta setahun pada PLUS
Menerusi Bajet 2018 yang dibentangkan minggu lalu, empat tol dimansuhkan termasuk di plaza Batu Tiga dan Sg Rasau. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2017.
PUTRAJAYA akan terpaksa menyediakan wang kira-kira RM102 juta setahun sebagai pampasan kepada pengendali lebuh raya PLUS Malaysia Bhd susulan keputusannya untuk mengakhiri kutipan tol di plaza Batu Tiga dan Sg Rasau, kata Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani.
Bercakap pada satu sesi soal jawab di TV3 malam tadi, Johari berkata anggaran RM8 juta perlu dibayar bagi memansuhkan tol di Bukit Kayu Hitam Kedah.
“Bagi dua plaza tol (Batu Tiga dan Sungai Rasau), ia RM102 juta setahun dan kami guna sumber kerajaan.
“Bagi tol Bukit Kayu Hitam, dianggarkan sekitar RM8 juta,” katanya.
Program Nightline TV3 kemudian melaporkan pampasan bagi memansuhkan tol di Lebuh raya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur juga sebanyak RM8 juta.
Bagaimanapun, Johari tidak menyatakan berapa lama tempoh pampasan itu.
“Kami fikir ia dalam kemampuan kami, kerana ekonomi semakin baik dan kukuh, jadi kami menerimanya. Plaza tol Batu Tiga dan Sg Rasau digunakan oleh 155,000 kenderaan setiap hari.
“Jadi bila kami minta mereka menghentikan kutipan tol bermula 1 Januari, 2018, mereka akan kehilangan pendapatan RM102 juta setahun dan jumlah itu perlu diberi pampasan oleh kerajaan,” katanya.
Jumaat lalu, selepas pembentangan Bajet 2018, Johari berkata PLUS akan diberi pampasan bagi membolehkan empat plaza tolnya dimansuhkan tetapi ia bukan dalam bentuk wang tunai.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata Putrajaya akan membayar pampasan kepada PLUS bagi baki 20 tahun kontrak, yang akan tamat pada 31 Disember, 2038.
PLUS pada masa ini mempunyai 94 tol seluruh negara. Antaranya ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. – 2 November, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena