Jamuan akhir tahun sekolah rendah sekarang!
Menteri Pendidikan sekarang,...Bye!
Tengok ni rakyat sekarang!
(Gambar menunjukkan suasana banjir kilat di Kuching.)
Parti Gerakan kembali tawan P Pinang hanya angan-angan Mat Jenin, kata tokoh wartawan
Tokoh wartawan, Datuk Kadir A Jasin menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN akan menawan Pulau Pinang kembali melalui Gerakan hanya angan-angan Mat Jenin.
“Kalau Umno sendiri dalam keraguan dan hanya berani bercakap besar di hadapan khalayak yang diupah maka adalah mustahil bagi parti-parti kelas dua macam MCA, Gerakan, MIC dan PPP membuat sebarang kejutan seperta merampas semula Pulau Pinang.
“Ia tidak lebih daripada kata-kata manis buat perwakilan Gerakan atau sekadar angan-angan Mat Jenin,” kata Kadir dalam tulisan terbaru di blognya.
Menurut Kadir, sejak PRU 2008 apabila Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP, Gerakan tidak lebih daripada rumput di tengah jalan, hidup segan mati tak mahu.
“Ia sudah menjadi lebih kurang macam PPP,” katanya merujuk satu lagi parti kaum India.
“Jadi adakah dengan dua orang ahli Dewan Rakyat dan tiga ahli Dewan Undangan Negeri, Gerakan mampu memacu ramalan Zahid untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang?” soal beliau.
Menurut Kadir yang kini bersama parti Bersatu, media massa melaporkan Timbalan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, mahu Parti Gerakan Rakyat Malaysia melihat banjir Pulau Pinang sebagai “petanda Tuhan” bahawa parti itu boleh menawan balik negeri tersebut.
Kata pemangku Timbalan Presiden Umno itu, bencana yang turut menyaksikan tanah runtuh, pokok tumbang dan kerosakan harta benda merupakan isyarat negeri itu sedia untuk diambil semula oleh Barisan Nasional (BN).
“Saya sikit pun tak hairan dengan tindakan Zahid mengaitkan banjir di negeri itu dengan harapan Gerakan merampasnya kembali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atas dua sebab,” katanya.
Pertama, katanya, Umno/BN akan menggunakan apa saja untuk menaikkan semangat penyokong akar umbi BN yang sudah putus asa, kecuali apabila disogok dengan duit. Kedua, kerana dia berpidato di Persidangan Agung Gerakan.
“Saya tidak berani hendak kata ramalan dan rujukan Zahid kepada “petanda Tuhan” itu tepat atau tidak.
“Manalah tahu ketua Umno keturunan Jawa itu mewarisi sifat para wali dan kiyai Jawa yang dikatakan boleh membaca nasib dan mengetahui apa yang akan berlaku pada masa mendatang,” katanya.
Ikut cerita, kata Kadir, banyak juga ketua-ketua politik dan orang kaya di negara kita yang percaya kepada kuasa tilikan dan ramalan para kiyai Jawa itu dan ada yang sering ke sana mencari tangkal azimat.
“Soalnya, kalau banjir Pulau Pinang adalah “petanda Tuhan” bahawa Gerakan akan kembali berkuasa di negeri itu, apa pula petanda banjir yang melanda negeri-negeri lain?
“Apakah Pas akan kalah di Kelantan kerana banjir besar melanda negeri itu pada tahun 2014 dan BN akan kalah di semua negeri perintahnya yang juga dilanda banjir, termasuk Putrajaya yang banjir pada 8 Mei 2016?” katanya.
Malaysia Dateline
0 comments:
Post a Comment