Thursday, 16 November 2017

[Video trump tak nak layan najib mo1] Mugabe mungkin lari ke Singapura, Malaysia, kata laporan.

Khamis, 16 November 2017

Mugabe mungkin lari ke Singapura, Malaysia, kata laporan

Mugabe mungkin lari ke Singapura, Malaysia, kata laporan
Rejim pemerintahan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe selama 37 tahun dijangka tamat tidak lama lagi selepas beliau diletakkan dalam tahanan rumah. – Gambar EPA, 16 November, 2017.

MALAYSIA dan Singapura berkemungkinan menjadi destinasi pilihan keluarga Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, sekiranya dibenarkan untuk meninggalkan negara tersebut dan hidup dalam buangan, lapor The Guardian.
Portal itu melaporkan keluarga Mugabe memiliki hartanah di kedua-dua negara Asia Tenggara ini. 
Ini susulan rampasan kuasa oleh pihak tentera negara tersebut pasa Rabu dari tampuk pemerintahan diktator berusia 93 tahun itu.
Rejim pemerintahan Mugabe selama 37 tahun ini dijangka tamat tidak lama lagi selepas beliau diletakkan dalam tahanan rumah. 
Pihak tentera turut berkata penjenayah di sekitar presiden merupakan sasaran utama mereka. 
Portal tersebut turut melaporkan nasib Grace merupakan elemen penting dalam perbincangan diantara Mugabe dan pihak tentera.
Mugabe sebelum ini memecat timbalan presiden Emmerson Mnangagwa bagi membuka laluan kepada isterinya, Grace, untuk menyambung legasi pemerintahan Zimbabwe.
Mnangagwa yang digelar "the crocodile" dari zaman perjuangannya dalam peperangan pembebasan negara dan dianggap sebagai calon yang pasti menggantikan Mugabe sekiranya Mugabe meletak jawatan atau meninggal dunia.
Walaupun keadaan politik tegang di sana, Harare dilaporkan tenang dengan pihak tentera telah mengawal lapangan terbang, pejabat kerajaan, parlimen dan beberapa lagi bangunan penting. 
Tiada sebarang pertumpahan darah dilaporkan ketika ini. – 16 November, 2017.
he Malaysian Insight


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena